Pelawak Fad Bocey mengakui saingan dalam program Super Spotan Xtravaganza (SSX) pada tahun ini sangat sengit.

Menurut Fad, dia berharap agar juara yang bakal dipilih pada malam ini adalah seseorang yang betul-betul layak dan bukannya dibuat sekadar melihat kepada populariti peserta itu.

"Bukan saya kata nak menang tapi kalau rezeki orang doakan saya bakal jadi juara saya aminkan sahaja.

"Kalau boleh nanti sesiapa sahajalah yang akan menjulang gelaran juara itu biarlah ia berbaloi dengan apa yang sudah diberikan selama sembilan minggu ini.

"Biarlah juara yang akan dipilih itu, orang akan kata dia betul-betul layak dan bukan hanya sekadar populariti sesorang itu sahaja.

"Kalau pengikut tinggi di media sosial itu bukan satu yang perlu dibanggakan kerana dalam SSX ini orang akan menilai melalui persembahan dan kretiviti ketika atas pentas," katanya kepada Gempak.

Jangan lupa untuk menyaksikan SSX akhir pada malam ini yang bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.