Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerima hampir 5,000 cadangan dan idea untuk menamakan anak perempuannya.

“Saya dan isteri membuka cadangan nama anak perempuan di laman sosial masing-masing. Tak sangka kami menerima hampir 5,000 cadangan nama dari peminat.

“Kami gabungkan cadangan peminat dan berbincang juga bersama tiga anak lelako kami, Akhirnya, kami sepakat memilih untuk menamakan anak kami dengan nama Alayna Selma atau lebih mesra dipanggil dengan nama Ellie. Alayna Selma bermaksud puteri atau cahaya kepada ketenangan,” kata Fazley kepada Astro Gempak.

Tambah Fazley, kehadiran Ellie melengkapkan impiannya untuk menimang cahaya mata perempuan.

“Saya bersyukur dengan kehadiran Ellie dalam keluarga kami. Selepas menerima kehadiran tiga hero sebelum ini, Ellie membuatkan keluarga kami lengkap.

“Biarpun sudah enam tahun tidak menjaga bayi, saya tidak kekok kerana sudah terbiasa menjaga tiga hero sebelum ini,” katanya lagi.

Fazley yang berkahwin dengan Datin Azrene Soraya pada 2007 dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @fazleyyaakob

Alhamdulilah.. hari ini anak perempuan saya telah di beri nama! Terima kasih semua yang mencadangkan serta mendoakan! Nak tahu namanya? Tengok video ini ya? ❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on