Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akui tidak tahu menahu mengenai kereta jenama Rolls Royce milik syarikatnya dilaporkan telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemarin.

Aliff Syukri juga pelik bagaimana keretanya itu boleh disita sedangkan kereta mewahnya itu dibelinya secara tunai dan tiada lagi hutang.

“Saya beli Rolls Royce itu secara tunai (cash), dan tiada hutang lagi. Saya lebih mampu untuk membelinya,” katanya yang kini berada di Bandung, Indonesia.

Aliff yang juga Pengarah Urusan dan Pengasas Produk Kecantikan, D' Herbs Healthy Sdn Bhd, turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan insiden itu.

Kereta milik syarikatnya didaftarkan dan memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak.

Sumber: Astro Awani