Telefilem berdialek Kelantan arahan Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial selepas ditayangkan pada 20 Januari lalu.

Pok Ya Cong Codei mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan wanita di Kuala Lumpur.

Watak Pok Ya yang dilakonkan sendiri oleh Sabri Yunus tidak semena-mena menjadi buah mulut dalam kalangan penggiat seni dan netizen.

Malah, demi mengiktiraf perjuangan Sabri Yunus mengangkat naskhah unik itu, fan page Facebook khas Pok Ya Cong Codei turut dicipta yang kini sudah mengumpul lebih 1,500 ahli.

"Saya tidak menyangka kewujudan group ini. Terima kasih atas sokongan," tulis Sabri menerusi Instagramnya.

saya tak menyangka kewujudan group ini.. terima kasih atas sokongan

A post shared by @ sabriyunus on



Cong Codei sebenarnya merujuk kepada nama sebuah hotel terkenal di ibu kota iaitu Concorde yang disebut dengan cara melucukan oleh Sabri Yunus.

Video pendek itu juga mengundang ketawa netizen dan tular di Facebook dan Twitter.

Selain itu, sebuah lagu rap khas dihasilkan oleh netizen menggunakan dialek negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Beberapa dialog yang diucapkan oleh Sabri sepanjang telefilem itu juga turut viral.

Buah tangan Sabri itu tidak putus-putus mendapat pujian netizen yang mengharapkan kesinambungan kisah samseng Kelantan itu pada masa akan datang.

"Baru lepas tengok cerita Pok Ya Cong Codei. Memang terbaik. Saya rasa dekat sangat cerita ini dengan orang Kelantan macam saya. Steady Mr Sabri Yunus. Karakter memang menjadi," puji penyampai radio Iseey Fazlisham.

Baru lepas tgk cerita Pok Ya Cong Codei . Memang terbaik. Sy rasa dekat sgt cerita ni dgn orang kelantan macam saya ni. Steady mr @sabriyunus . Character memang jadi.. #pokyacongcodei #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on



Telefilem Pok Ya Cong Codei telah ditayangkan pada 21 Januari lalu di saluran Astro Citra dan Astro Mustika.

Selain Sabri, Pok Ya Cong Codei turut dijayakan oleh Uqasha Senrose, Fikri Ibrahim, Saidi Sabri dan Mustapha Kamal.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Facebook, Twitter, IG @sabriyunus