Penyanyi Rap, Altimet mengakui bersyukur apabila diberi peluang untuk bertanding sebanyak empat kali dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Altimet berkata sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia memberi peluang kepada penyanyi lain untuk mengentengahkan bakat mereka di pentas itu.

"Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah, sudah 4 kali saya bertanding di AJL32, AJL30, AJL28 dan AJL26.

"Cukuplah tu, semalam saya labuhkan tirai penglibatan saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu kerana masih tiada rappers yang bertanding dalam AJL sebanyak saya.

"Saya kata ni bukan kerana riak, tapi kerana ini tanda dari Allah kepada saya untuk mengundurkan diri, membuka jalan untuk yang lain.

"Saya doakan nanti ada seorang atau sekumpulan rappers yang akan pecahkan record saya ni. Terima kasih semua yang mengundi dan semua yang menyanyi bersama," tulisnya.

Rata-rata pengikut redha dengan keputusan yang dilakukan oleh Altimet dan mereka berharap agar dia berjaya pada masa akan datang melalui lagu-lagu yang lebih menarik.

Alhamdulillah. Segala pujian kpd Allah SWT. • • 4 kali bertanding, #ajl32 #ajl30 #ajl28 #ajl26. • • Cukup lah tu, semalam saya labuhkan tirai penglibatan saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu. • • Masih tiada rappers yang bertanding dlm AJL sebanyak saya. Saya kata ni bukan kerana riak, tapi kerana ini tanda dari Allah kpd saya utk mengundurkan diri, membuka jalan untuk yang lain. • • Saya doakan nanti ada seorang/sekumpulan rappers yang akan pecahkan record saya ni. • • Terimalah kasih semua yang mengundi, dan semua yang menyanyi bersama. • • Terimalah kasih kawan kawan yang menjayakan persembahan ini. Ini bukan usaha saya seorang. Jauh sekali. • • Terima kasih kpd ibu saya yang sentiasa mendoakan kejayaan semua anak anaknya. Kami belajar berkerja keras dan mengejar mimpi kami dari Mama. • • Peace. • • p.s. bulan 3 kita layan album baru ok?! ✌? #amboiamboiamboi #amboi

A post shared by Altimet (@altimet) on