Pentas Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) semakin panas apabila lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diumumkan antara senarai lagu yang bakal dipersembahkan pada minggu ketiga.

Lagu bertuah itu menjadi milik pasangan duo adik-beradik Heliza dan Hazwani Helmi.

Mengulas mengenai pemahaman mereka terhadap lagu Jampi, Hazwani memberitahu jampi diterjemahkan kepada kelekaan dan kelalaian umat manusia 'dijampi' hal duniawi.

"Lagu ini sangat besar ertinya dan kami terkejut apabila diumumkan bakal menyanyikan lagu Jampi untuk konsert ketiga minggu ini.

"Bagaimanapun kami melihat lagu ini berkisar tentang manusia masa kini yang leka dijampi hal duniawi.

"Dan mesej utama yang kami akan sampaikan menerusi lagu ini adalah bagaimana kita sebagai insan kerdil berusaha untuk berjihad melawan nafsu," jelas Hazwani kepada Astro Gempak.

Tambah Heliza, lagu Jampi mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kuasa lagu itu sendiri sememangnya diakui ramai.

"Lagu ini masih terkini dan memenangi banyak persembahan, sudah tentu kami pun tertekan untuk menyampaikan lagu ini dalam mesej yang positif. Ekspektasi peminat pun sudah tentulah tinggi," katanya.

Bagaimanapun timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan selebriti tentang pemilihan lagu Jampi ke pentas GGV2.

Baca: "Ridiculous!" - Waheeda Pertikai Lagu Jampi Di Pentas GGV2?

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan