Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Sumber: Astro Awani
Foto: People