Bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia kini sudah tiba. Buat muslimin dan muslimat, Ramadan sinonim sebagai bulan untuk melipatgandakan amalan dan ibadah, manakala Syawal pula adalah harinya untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Pelbagai ritual boleh kita amalkan untuk memperolehi tubuh yang cergas sepanjang meraikan lebaran. Malah, ada beberapa disiplin yang wajar kita ikuti untuk menghasilkan kompleksi kulit yang segar, sihat, bercahaya lagi berseri-seri.

Antara amalan paling mudah adalah tidak berhenti daripada melakukan sebarang kerja, selalu senyum, berasa gembira dan melakukan perkara yang digemari agar sentiasa kelihatan muda dan sihat. Berikut antara ritual yang boleh kalian amalkan supaya badan sihat, otak cerdas dan kulit pula terlihat cantik berseri-seri tanpa perlu bersembunyi di balik solekan yang tebal sepanjang merayakan Aidilfitri.

TIPS 1: INI RUTIN PAGI YANG BAGUS UNTUK ANDA AMALKAN



Jadikan rutin meminum air masak setiap pagi selepas bangun tidur sebagai kebiasaan. Pastikan anda minum 7 hingga 8 gelas air masak setiap hari supaya kulit kekal hidrat dan menerima pelembapan secukupnya. Selain itu, anda juga boleh mencuba kaedah urut wajah yang bukan sahaja mudah, malah efektif.

Untuk menampakkan lagi kulit anda sihat, segar dan berseri-seri dari luar dan dari dalam, cara paling mudah adalah dengan mengamalkan pengambilan Flavettes Effervescent Glow sebagai rutin harian anda.

CARANYA? JOM CUBA KAEDAH URUT WAJAH INI
Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari ke pipi lalu bawa ke hidung dan seterusnya ke dahi. Lakukan ritual mengurut seperti ini disusuli dengan meminum air masak.

TIPS 2: JANGAN TAKUT UNTUK MAKAN ULAM



Siapa kata ulam-ulaman makanan orang tua-tua sahaja? Jika ini yang anda fikirkan, maka anda memang rugi!

Ada banyak ulam yang boleh anda makan mulai hari ini kerana ia adalah satu amalan yang amat bagus untuk sihat dan awet muda. Contohnya, ulam raja cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan lazimnya ia dijadikan ulam yang dimakan bersama nasi. Namun demikian, fungsinya tidak terbatas setakat itu saja. Khasiat ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen akan melancarkan proses peredaran darah dalam tubuh.

Apabila kandungan oksigen mencapai keseimbangan, maka secara automatik, tubuh anda akan berasa lebih segar. Malah kulit lebih sihat dan tegang. Justeru, ketegangan kulit ini memperlihatkan anda tampil awet muda.


CARANYA? INI YANG ANDA HARUS CUBA
Amalkan memakan ulam raja setiap hari. Kamu boleh memakannya secara mentah, celur ataupun dicicah. Kaedah lain yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan dalam masakan atau dibuat kerabu.

TIPS 3: MAKAN MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN



Menurut buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty tulisan Dr. Mehmet C. Oz, M.D., membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan antipenuaan. Dan, salah satu sumber makanan antioksidan adalah blueberry.

Menurutnya,“Semua makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan yang dapat melindungi tubuh.” Makanan antipenuaan lain seperti brokoli dan tomato. Justeru, kamu disarankan agar memakan lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.



Bukan itu sahaja, anda disaran agar mengamalkan pengambilan Flavettes Effervescent Glow secara konsisten. Tahukah anda, Flavettes Effervescent Glow mengandungi dos Vitamin C yang tinggi dengan tambahan Glutathione dan Vitamin E? Ia merupakan agen antioksida yang amat efisien. Ia mampu menentang tindakan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar seperti asap kenderaan dan asap rokok, juga sinar UV daripada selaran cahaya matahari. Semua ini boleh mengakibatkan kerosakan sel yang membawa kepada masalah penuaan kulit sebelum waktu.

TIPS 4: AMALKAN MAKANAN BERSERAT



Tahukah anda, salah satu kunci untuk badan sihat dan kulit awet muda adalah dengan menjaga hal-ehwal pemakanan? Ia mempengaruhi kesihatan pencernaan dan untuk menjaganya, pakar kesihatan menyarankan kita agar mengambil 25 gram serat atau fiber setiap hari.

Serat atau fiber merupakan gentian serabut yang terkandung di dalam tumbuh-tumbuhan. Ia banyak terkandung di dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, buah-buahan dan sayur-sayuran; juga kekacang seperti soya, kacang tanah, kacang dhal dan sebagainya.

Serat atau fiber berfungsi merangsang sistem penghadaman lalu mengelakkan sembelit. Selain itu, ia membuatkan anda berasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Dengan demikian, ia dapat membantu proses mengawal berat badan.

CARANYA? INI YANG ANDA PERLU BUAT
Pilihlah makanan yang mengandungi gandum sebagai sarapan atau menjadikannya sebagai kudap-kudapan. Anda juga boleh mengambil pasta yang diperbuat daripada gandum.

TIPS 5: JANGAN SALAH PILIH PRODUK PENJAGAAN KULIT
Anda perlu tahu dan prihatin apabila memilih produk penjagaan kulit anda, baik daripada pembersih muka, skrub, pupur wajah, krim pencerahan kulit mahupun serum kulit. Jangan ghairah menggunakan produk pencerahan atau antijerawat jika anda tidak pasti dengan ramuan produk dan hasilnya pada kulit.

CARANYA? ANDA KENA CUBA TIPS INI
Bersihkan kulit anda dengan pembersih muka setiap pagi dan malam. Untuk melindunginya daripada sinar UV, anda wajar menggunakan krim tabir suria pada waktu siang, lebih-lebih lagi jika anda menjalani akiviti luar. Serum dan pupur muka pula boleh anda gunakan pada waktu malam sebelum tidur kerana sel-sel kulit akan menyerap khasiat serum dan pupur secara optimum sewaktu anda tidur.



Supaya kulit anda sihat, segar dan berseri dari dalam, anda digalakkan mengambil satu tablet Flavettes Effervescent Glow setiap hari. Dengan formulasi 3-dalam-1 yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E, ia sempurna untuk anda. Anda hanya perlu larutkan ke dalam segelas air pada suhu bilik atau sejuk. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada.

TIPS 6: KENA RAJIN BUAT SENAMAN MUKA



Ya, jangan sangsi kalau anda pernah mendengar orang berkata, senaman muka boleh menghasilkan raut wajah yang segar dan kulit yang awet muda.

CARANYA? AND MESTI CUBA TEKNIK INI
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan senaman ini. Ikuti langkah berikut:

•Mulakan dengan mengukir senyuman manis di hadapan cermin.
•Angkat kening dan kerutkan dahi (seolah- olah kamu menunjukkan muka seperti terkejut).
•Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terasa terangkat.
•Langkah berikutnya, senyum sambil menunjukkan gigi.

Ulangi teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman setiap hari. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot pada bahagian muka.

TIPS 7: URUT MUKA ANDA MACAM PRO

Tahukah anda, bukan tubuh kita sahaja yang perlu dibelai dan diurut. Kulit muka juga wajar diurut kerana ia merupakan satu kaedah untuk merangsang peredaran darah. Apabila darah beredar dengan baik, maka ia akan refleks pada permukaan kulit kita, menjadikan kulit kelihatan segar kemerah-merahan, tidak kusam, bahkan bercahaya sihat.

CARANYA? ANDA MESTI CUBA TEKNIK INI
Teknik ini juga dapat mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat. Ikuti langkah berikut:
•Letakkan dua jari di atas kening. Kemudian, lakukan gerakan dengan lembut ke arah sisi dahi.
•Buka jari jemari kamu dan letakkan pada kawasan mata. Gerakkan juga ke arah sisi muka hingga ke telinga.
•Kemudian, buka jari-jari dan letakkan di antara hidung dan mulut. Lalu gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.

Bagi umat Islam, amalkan berselawat sebanyak tiga kali sebelum kamu meminumnya. Disarankan agar kamu meminum air sebelum sarapan. Cubalah!


Foto: Kiwi Strength, Emily2u, Pinterest, Depositphotos, Fable Feed