Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mengakui kehidupannya semakin tenang selepas melangsungkan pertunangan bersama penyanyi Awi Rafael.
Menurut Atikah, buat masa sekarang dia boleh memberi fokus kepada kerjaya sepenuhnya.
"Alhadulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan kami semakin bahagia selepas bertunang.
"Saya rasa selesa dan percaya pada Awi serta saya tidak perlu untuk pening kepala memikirkan apa yang dia lakukan kerana kami sudah mempunyai ikatan.
"Mungkin dulu saya agak susah percayakan dia kerana pada masa itu kami tiada apa-apa ikatan yang sah.
"Sekarang ini saya boleh memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya dan dalam masa yang saya membahagikan masa dengan tunang," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Atikah, dia kini sedang sibuk melakukan promosi drama Klik! Pengantin Musim Salju yang membariskan pelakon hebat seperti Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Cik Manggis , dan Ardell Aryana.
Drama Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkan tentang Adam Putra yang telah mengajak seorang gadis untuk berkahwin dengannya. Kay adalah seorang gadis brutal yang langsung tiada ciri-ciri feminin. Namun Kay hanya perlu berlakon sebagai isteri Adam.
Tindakan Adam mengajak Kay berlakon berkahwin hanya kerana ingin memastikan kesihatan neneknya tidak terjejas. Tunang Adam yang bernama Karlisha Zandra tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Jangan lupa untuk menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju disiarkan di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122), setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 7 malam.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto : Instagram
Rozaimi Zubaidi
Mon Jun 04 2018
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir