Sabri Yunus Dah Tukar Kerja Jadi DJ? Biar Betul?

Hiburan
Sabri Yunus Dah Tukar Kerja Jadi DJ? Biar Betul?
Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus mengubah haluan kerjaya menjadi seorang DJ.

Semuanya boleh disaksikan dalam filem pendek istimewa Syawal terbitan Astro yang berjudul Gaya Raya Paling Ori.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018, Astro lari daripada kebiasaan dan menampilkan filem pendek yang mencuit hati.

Filem pendek yang mengangkat semangat #MeriahBersama ini memaparkan unsur satira dan komedi, berbeza dengan karya sebelum ini.

Memaparkan keletah seorang jejaka bernama Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana yang mahu digayakan sempena sambutan Raya, kisah ini disampaikan dalam cara unik dan menggeletek hati peminat.

Sabri juga turut menghidupkan filem pendek ini dan membawa watak sebagai tukang karut!

Ia turut memaparkan topik yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia masa kini yang bakal bermula tidak lama lagi iaitu sambutan Syawal serta demam Piala Dunia 2018.

Semenjak dimuat naik di laman Facebook Astro Gempak pada 28 Mei lalu, video berdurasi 5:01 minit ini berjaya meraih hampir 2.8 capaian netizen serta mendapat lebih 1.2 juta tontonan di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, video ini turut mendapat lebih 10,000 perkongsian di laman Facebook.

Turut dimuat naik di laman YouTube, kisah Gaya Raya Paling Ori ini juga menduduki carta trending YouTube.

Mari kita saksikan video Gaya Raya Paling Ori:


Artikel Berkaitan