Pelakon Ruhainies mengakui belum ada kekasih dan lebih selesa menjalani kehidupanya sekarang.

Ruhainies, 26, berkata dia kini hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya.

“Buat masa ini saya masih solo dan tidak terfikir soal cinta . Namun tipulah kalau saya katakan tidak berkawan dengan sesiapa.

“Saya mahu menggunakan masa yang ada ini untukfokus membina kerjaya terlebih dulu.

“Bukan apa, saya bimbang fokus saya terjejas hanya semata-mata mahu memikirkan soal cinta,” katanya.

Ruhainies ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk antarabangsa di IOI City Mall, Putrajaya.

Ditanya mengenai target untuk berumahtangga, Ruhanies akui dia pernah menetapkan satu umur untuk dia berkahwin tetapi kini tidak lagi.

"Dulu saya pernah target nak berkahwin ketika usia 30 tahun, tapi kini tidak lagi.

"Pada saya jika masanya tiba usia bukan penentunya dan saya terima jika jodoh saya sampai awal dari itu,"katanya lagi.

Mengenai perkembangan terkini, Ruhainies sedang menjalani penggambaran Drama Anugerah Cinta Aishah sebanyak 11 episod yang bakal ditayangkan di RTM.

Ruhainies juga bakal muncul dalam telemovie Matilanak yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini di Astro Warna.

Teks oleh: Syafiqah Jalal