Selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Luna Maya ditanya mengenai rancangan perkahwinannya bersama Reino Barack.

Menurut DetikHot, Luna Maya, 34, masih memberikan jawapan yang sama iaitu dia hanya menyerahkan kepada jodoh.

"Doakan sahaja. Rasanya jawapan saya masih sama dan boleh diguna lagi seperti sebelum ini.

"Bila sampai jodoh, saya pasti akan beritahu semua. Jadi saya harap doakan sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Luna masih tidak mahu memastikan dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Reino sebaliknya menyerahkannya kepada ketentuan Tuhan.

"Lihat sahaja nanti. Kalau dia memang jodoh saya,pasti akan terjadi.

"Jika tidak, kami boleh sahaja berkawan. Ataupun mungkin ada orang lain yang terbaik untuk saya dan dia," katanya lagi.

Sumber: DetikHot