Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad baru-baru ini mengejutkan peminat kerana dia kelihatan agak kurus daripada biasa.

Malah foto yang baharu sahaja di muat naik ke akaun Instagram (IG) peribadinya malam tadi telah mendapat perhatian pengikut laman social tersebut.

Foto tersebut menujukkan Sherry mengenakan baju kurung Pahang berwarna kuning bergandingan dengan pengacara Haziq.

Mereka berdua muncul dalam sebuah program TV malam tadi.

Rata-rata teruja melihat perubahan pada tubuhnya dan meminta tips bagaimana Sherry menurunkan berat badannya.

“Dah kurus! Terkejut tengok kat TV tadi…Tak boleh jadi ni, kita pun kena kurus jugak. Bagi tips siket Kak Sherry supaya kita disiplin, selalu kelaut,” tulis salah seorang pengikutnya di IG.

Manis Manis Lebaran Muzik Muzik 33 live @tv3malaysia jam 11mlm. Selamat Menonton! Kita ada kaer , amylea , aiman tino dan ezad lazim! Baju @mekkembangcotton ❤️

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Foto: IG Sherry Al-Hadad
Teks oleh: Syafiqah Jalal