Skip to main content

Viral

“Allah Beri Kekuatan Luar Biasa Untuk…” - Aireena Sofia

Aireena Sofia

Sekilas

  • Jane atau Aireena Sofia bersyukur dapat menyelesaikan umrah pertama bersama anaknya, Hud Thalhah, serta keluarga.
  • Dia mengucapkan terima kasih kepada Allah atas kekuatan dan kemudahan sepanjang menunaikan ibadah tawaf dan saie.
  • Jane berharap umrah ini menjadi permulaan untuk menjadi hamba yang lebih baik dan mendapat keberkatan berterusan.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Jane atau Aireena Sofia meluahkan rasa syukur apabila dapat menyelesaikan umrah pertama bersama anaknya iaitu Hud Thalhah. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, Jane turut bersyukur atas kurniaan Allah yang memberi kekuatan luar biasa untuk dia menyempurnakan tawaf dan saie bersama anaknya. 

 

“Alhamdulillah, selesai sudah umrah pertama bersama anak tersayang dan sekeluarga jane. Yang paling Jane bersyukur, Allah memberi kekuatan yang luar biasa untuk menyempurnakan tawaf dan saie bersama Hud. 

 

“Bukan kerana Jane kuat, tetapi kerana Allah yang menguatkan. MashaAllah, Alhamdulillah… segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan setiap langkah kami daripada berihram, tawaf, saie sehinggalah selesai menunaikan ibadah ini.

 

“Tidak pernah terbayang, Allah mengurniakan rezeki yang begitu besar untuk membawa Hud Thalhah, mama papa, serta adik-beradik bersama-sama menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Jane yang juga model muslimah mengucakan terima kasih atas segala nikmat dan kemudahan yang dikurniakan Allah sepanjang menunaikan umrah. 

 

“Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat, kemudahan, dan kasih sayang-Mu. Terimalah segala amal ibadah kami, ampunkan segala dosa kami, dan jadikan umrah ini sebagai titik permulaan untuk kami menjadi hamba yang lebih baik.

 

“Semoga kami semua dipanggil lagi menjadi tetamu-Mu, berkali-kali, sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillahi rabbil ’alamin. 🤍🕋

 

“Semoga setiap langkah yang telah diambil di Tanah Suci menjadi asbab keberkatan, ketenangan, dan rahmat buat kami sekeluarga. Aamiin. Terima kasih Ya Allah,” katanya lagi. 


Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement