Skip to main content

Selebriti

24 Beg Mewah Lesap, Ariff Bahran Rugi Hampir RM94,000 - “Saya Rasa Mereka Dah Lama Perhatikan Kedai”

Bakar isteri

Sekilas

  • Penyanyi Ariff Bahran mengalami kerugian hampir RM94,000 selepas butik beg miliknya dipecah masuk sekitar jam 6 pagi tadi dengan 24 beg jenama mewah seperti LV, Gucci, YSL dan Balenciaga dilarikan.
  • Tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu, termasuk dua lelaki dan seorang wanita yang masuk melalui bahagian belakang kedai menerusi tandas.
  • Ariff sedang bekerjasama dengan pihak polis dan detektif untuk siasatan, serta menganggap kejadian ini sebagai satu dugaan dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
Advertisement

Penyanyi, Ariff Bahran mengalami kerugian hampir RM94,000 selepas butik beg miliknya dipecah masuk dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi tadi.

Menurut Ariff, seramai tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut, membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.

Advertisement

“Kedai saya dipecah masuk, 24 beg bernilai RM94,000 telah diambil kira-kira pukul 6 pagi tadi. Ketika itu memang tiada orang di dalam kedai.

“Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Semuanya baik-baik sahaja. Mereka masuk melalui bahagian belakang kedai iaitu menerusi tandas. Mereka kurus sahaja sebab kalau berbadan besar memang tak muat nak masuk melalui ruang itu.

“Kemudian mereka ambil beg-beg saya. Kebanyakan yang dilarikan ialah jenama LV, Gucci, YSL dan Balenciaga.

“Sekarang ini saya sedang bekerjasama dengan pihak detektif yang menjalankan siasatan di butik saya. Saya juga baru sahaja membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ketika ditanya sama ada kejadian itu mempunyai unsur khianat atau dengki, pelantun lagu Seandainya itu menolak dakwaan tersebut dan percaya ia dilakukan oleh individu luar.

“Saya tak rasa ada unsur khianat atau dengki. Pada saya, ini memang perbuatan orang luar. Saya pun tak rasa orang terdekat yang buat perkara ini.

“Saya rasa mereka dah lama perhatikan kedai saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ariff mengakui reda dengan ujian yang menimpanya meskipun masih berdepan satu lagi kes kerugian bernilai RM425,000 yang belum selesai.

“Kes saya yang sebelum ini bernilai RM425,000 pun masih belum selesai lagi. Saya reda dengan ujian ini. Perkara seperti ini memang tak boleh dijangka kerana mereka mengambil barang tanpa pengetahuan kita.

“Jadi saya anggap ini sebagai satu dugaan. Pastinya selepas ini kita perlu lebih berhati-hati. Setiap kali keluar, apa yang ada di kedai atau di rumah perlu sentiasa dipantau. Kita tak boleh lari daripada ujian seperti ini,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Bollywood Style 1 Pair Of Earrings + 1 Necklace Vintage Jewelry Set Retro Design Inlaid Gemstone Match Daily Outfits Party Accessories

Bollywood Style 1 Pair Of Earrings + 1 Necklace Vintage Jewelry Set Retro Design Inlaid Gemstone Match Daily Outfits Party Accessories

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Must Watch Video

Advertisement