Sekilas
- Restoran Rembayung milik Khairul Aming menerima 400 tempahan dalam masa 15 minit sehingga laman web mereka mengalami gangguan.
- Pengumuman pembukaan tempahan pada pukul 9 malam menarik perhatian ramai wargamaya yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
- Akaun Instagram Rembayung mencapai 100,000 pengikut dalam masa dua jam selepas diwujudkan.
Hanya dalam masa 15 minit, restauran Rembayung milik usahawan dan pencipta kandungan Khairul Aming sudah menerima 400 tempahan dibuat sehingga website menjadi ‘crash’.
Sebaik saja Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA mengumumkan tempahan sudah boleh dibuat pada pukul 9 malam, Ahad, laman sosial dipenuhi dengan wargamaya teruja untuk membuat ‘booking’.
“Website tempahan Rembayung Khairul Aming crashed. Namun 400 tempahan telah diberjaya dibuat selepas 15 minit tempahan dibuka,” tulis seorang wargamaya.
Laman Threads juga dipenuhi dengan wargamaya yang turut berkongsi kegembiraan mereka berjaya membuat tempahan selain ada juga meluahkan rasa sedih kerana gagal.
Bukan sahaja website, akaun Instagram Rembayung juga berjaya mencecah 100,000 pengikut dalam hanya dua jam diwujudkan.
“IG Rembayung dah cecah 100,000 pengikut dalam masa dua jam. Terima kasih kerana support,” tulis Khairul Aming.