Skip to main content

Viral

5 Hari Tak Makan, Aliff Syukri Lega Dapat Semula Buat Live TikTok - “Saya Rasa Down Sangat…”

Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukur akhirnya dapat kembali buat siaran langsung di TikTok selepas lima hari akaunnya disekat.
  • Aliff akui dia rasa tertekan dan hilang selera makan sepanjang tempoh sekatan tersebut.
  • Isterinya nafi dakwaan sekatan disebabkan rakaman pra-rekod, sebaliknya ia berkaitan anak mereka muncul tanpa pengawasan dalam siaran langsung.
Advertisement

Usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukur akhirnya dapat menarik nafas lega apabila dia dapat kembali membuat siaran langsung atau ‘live’ di TikTok miliknya selepas lima hari disekat. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Aliff mengakui dia tidak lalu untuk makan dan berasa tertekan sepanjang lima hari TikTok disekat. 

 

“Ya saya kembali selepas lima hari tak love. Syukur Alhamdulillah kepada pengurus TikTok saya, Qaisara yang membantu saya untuk mendapatkan balik saya punya TikTok.

Advertisement

 

“Jujurnya lima hari saya tak nak makan, saya tak fokus dan saya rasa down sangat tapi rezeki saya Allah nak tolong saya,” kata Aliff. 

 

Pada hantaran yang sama, Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi kata semangat kepadanya ketika dirinya tertekan. 

 

“Terima kasih yang sokong saya, terima kasih yang banyak memberi semangat kepada saya ketika saya jatuh now I’m back,” katanya lagi. 

 

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu Datin Seri Shahida menafikan dakwaan sekatan siaran langsung akaun TikTok suaminya disebabkan penggunaan rakaman pra-rekod.

 

Sekatan itu dipercayai berlaku kerana anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa.

 

Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila akaunnya disekat daripada membuat siaran langsung selama lima tahun sehingga 15 Julai 2031.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

UGREEN 20W PD Fast USB Charger Quick Charge 4.0 3.0 Charger compatible for iPhone 16 15 14 13 12 11 X XS XR 8 For IOS 15 system

UGREEN 20W PD Fast USB Charger Quick Charge 4.0 3.0 Charger compatible for iPhone 16 15 14 13 12 11 X XS XR 8 For IOS 15 system

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

QUICK installation Tempered Glass iPhone 17 Pro max 16 AIR 17e 16E 15 plus 14 13 12 11 X XR screen protector Full Clear

QUICK installation Tempered Glass iPhone 17 Pro max 16 AIR 17e 16E 15 plus 14 13 12 11 X XR screen protector Full Clear

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

Must Watch Video

Advertisement