Skip to main content

Selebriti

Abby Abadi Kongsi Sebab Muat Naik Ucapan Hari Jadi Marissa, Bongkar Kisah Rumah Tangga Lalu - "Baru Saya Faham Makna Trauma"

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi ucapan hari jadi untuk anaknya, Marissa Dania, sebagai tanda dia tidak pernah lupa hari istimewa tersebut walaupun tahun ini gagal sambut bersama.
  • Abby menjelaskan dia membesarkan anak-anak seorang diri tanpa sokongan suami yang bertanggungjawab dan melalui pengalaman sukar termasuk bercerai semasa dalam pantang.
  • Dia juga berkongsi pengalamannya memahami trauma yang memberi kesan mendalam dalam hidup, terutama berkaitan keadilan untuk anak-anaknya.
Advertisement

Penyanyi, Abby Abadi berkongsi tujuan dirinya memuat naik ucapan hari jadi buat anaknya, Marissa Dania selepas gagal menyambut bersama tahun ini. 

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata ucapan tersebut dibuat bukanlah kerana dia terkilan dengan anaknya, namun sebagai tanda bahawa dia tidak pernah melupakan hari istimewa anaknya itu.

Advertisement

"Jangan salah faham. Saya update ucapan selamat ulang tahun untuk anak saya, Marissa Dania itu bukan sebab saya marahkan dia.

"Saya cuma nak dia tahu, hari-hari istimewa anak-anak sentiasa dalam ingatan saya. Tak pernah sekalipun saya gagal meraikan kecuali tahun ini,” ujarnya.

Katanya lagi, dia mahu anak-anaknya mengetahui bahawa selama ini dia seorang sahaja yang berjuang membesarkan mereka tanpa figura seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab.

“Cuma saya nak anak-anak saya tahu, dari awal mengandung, sampailah melahirkan kamu semua, mamamu ini berjuang sendiri,”jelasnya

“Dalam pada tak bahagia itu, termengandung juga untuk kesekian kali. Anak nombor tiga. Lagi hambar layanannya.  

"Berbulan-bulan tak balik, tidur di pejabat, shooting tak habis-habis, Kita ini dalam pada sarat-sarat mengandung memandu sorang-sorang mencari ke sana ke sini. 

"Tinggalkan anak dengan arwah mak. Kemudian akhirnya bercerai semasa dalam pantang. Sebab bercerai? Hm google lah sendiri,” tulisnya lagi.

Ahli kumpulan Elite itu turut berkata bahawa kini dia sudah lebih memahami maksud trauma sehingga meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. 

“Saya mula terasa dan makin tak boleh ngam itu bila saya bangkitkan isu keadilan untuk anak-anak saya. Tak selesai kat dunia, akhirat pasti bertemu jua.

“Baru saya faham makna trauma. Trauma ialah luka yang tidak kelihatan pada emosi atau fikiran akibat pengalaman yang sangat memberi kesan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement