Skip to main content

Ada Sebab Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’, Ini Puncanya!

IMG 5328

Sekilas

  • Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah membuka semula Hutan Simpan Kekal untuk aktiviti mendaki.
  • Elakkan memakai wangi-wangian berlebihan semasa mendaki kerana ia menarik serangga, binatang buas, dan makhluk halus.
  • Disarankan memakai deodorant sahaja supaya kekal segar tanpa mengundang risiko yang tidak diingini.

Pada awal Februari lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan bahawa Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor telah dibuka kepada para pendaki.

Akhirnya, boleh mendaki. Dah lama juga tak pergi beraktiviti lasak dengan kawan-kawan pada hujung minggu.

Aktiviti mendaki ini boleh dikatakan antara aktiviti riadah yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Tips untuk para pendaki
Menerusi satu perkongsian video oleh seorang pendaki yang dimuat naik di TikTok (apenslowcuber), lelaki ini mendedahkan sebenarnya kita tidak boleh memakai wangi-wangian yang berlebihan ketika mendaki.

Antara sebabnya adalah kerana:

1. Mudah didekati serangga
Dalam hutan confirm akan ada banyak serangga kecil seperti nyamuk, semut dan sebagainya. Boleh tahan rimas juga bila badan kita dikelilingi haiwan ini. Nak hiking pun stress.

Salah satu sebabnya adalah mereka tertarik dengan bauan pada badan kita. Maksudnya lagi wangi sesuatu bau itu, semakin tertarik serangga kecil untuk datang dekat.

Yang lebih membahayakan adalah potensi untuk disengat juga lebih tinggi. Alamak, risau pula!

1. Ancaman bintang buas
Bukan haiwan atau serangga kecil sahaja yang akan dekat dengan kita, binatang buas seperti hariamu dan beruang juga tidak terkecuali.

Sesetengah binatang buas yang mencium wangi-wangian akan menganggap kita sebagai makanan atau haiwan berlawanan jantina yang ingin mengawan.

Jadi semakin wangi badan anda, semakin tinggi untuk didekati oleh bintang buas.

3. Makhluk halus boleh ‘jatuh cinta’
Bukan setakat haiwan yang tertarik dengan kita bila badan terlalu wangi, ‘makhluk’ lain pun boleh suka dekat kita. Fuh, meremang bulu roma ni!

Untuk mengelakkan apa-apa perkara buruk berlaku, jadi janganlah buat makhluk halus ini tertarik dengan kita melalui wangi-wangian yang dipakai.

Tetapi, bukanlah tak boleh langsung berwangi-wangian.

Pendaki tersebut mencadangkan sekurang-kurangya pakai deodorant. Takut pula orang belakang pengsan bau badan kita yang sedang berpeluh.

Kalau ada yang merancang untuk mendaki hujung minggu ini, jangan lupa tips yang dikongsikan ini okay?

Sumber: TRP

Anda mungkin berminat dengan

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

Must Watch Video

Advertisement