Skip to main content

Selebriti

Adam Corrie Pernah Lalui Fasa ‘Ketagih’ Nak Cacah Tatu - “Dalam Perjalanan Itu, Allah Mula Jentik Hati Saya…”

ASTROGEMPAK Adam Corrie

Sekilas

  • Adam Corrie berkongsi pengalaman hidupnya sebelum kembali kepada Islam, termasuk minatnya terhadap tatu yang semakin bertambah sehingga hampir memenuhi seluruh badan.
  • Dia berhenti membuat tatu bukan kerana tekanan atau paksaan, tetapi atas dorongan hati sendiri yang merasakan sudah cukup.
  • Kini, Adam fokus menjaga akidah dan memperbaiki diri sebagai seorang hamba Allah selepas kembali kepada fitrah dan memahami Islam dengan lebih mendalam.

Pelakon Adam Corrie berkongsi perjalanan hidupnya sebelum kembali kepada Islam, termasuk pengalaman memiliki tatu yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai sesuatu yang menarik.

 

Bermula dengan lukisan kecil sebelum semakin bertambah dari satu ke satu, Adam mengakui pernah terlintas keinginan untuk memenuhi seluruh badan dengan tatu kerana berasakan ia kelihatan cantik dan memuaskan.

 

“Dulu… sebelum saya kembali kepada Islam, saya buat tatu. Bukan sebab tekanan. Bukan sebab nak lari dari masalah. Tapi… sebab saya suka. Bermula dengan yang kecil. Nampak cantik… rasa menarik.

 

“Lepas satu… tambah lagi. Tambah… dan tambah… sampai satu tahap, rasa macam tak cukup. Kalau boleh… nak penuh satu badan,” kongsinya menerusi satu hantaran di Threads. 

 

Namun, dalam fasa tersebut, hatinya mula ‘dijentik’ untuk berhenti tanpa sebab yang jelas dan menegaskan eputusan itu bukan dipengaruhi sesiapa, sebaliknya lahir daripada rasa dalam diri sendiri yang berasakan sudah cukup.

 

“Tapi dalam perjalanan itu, Allah mula jentik hati saya. Tanpa sebab yang jelas, saya berhenti. Bukan sebab orang larang, bukan sebab dipaksa… tapi hati sendiri rasa cukup,” katanya lagi. 

 

Beberapa tahun kemudian, Adam menemui kembali fitrah apabila dia mula mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam. 

 

Melihat tatu sebagai sebahagian daripada sejarah hidupnya, Adam memberitahu fokusnya kini adalah untuk menjaga akidah, memperbaiki diri dan berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

 

“Beberapa tahun kemudian… saya kembali kepada fitrah. Saya kenal Islam. Saya faham. Dan saya sedar… apa yang dulu saya anggap ‘cantik’, rupa-rupanya bukan jalan yang Allah reda.

 

“Hari ini, saya seorang hamba Allah yang sudah bersyahadah. Tatu itu… hanyalah sejarah. Bukan untuk dibanggakan. Bukan untuk diulang. Yang perlu dijaga sekarang… adalah akidah.

 

“Yang perlu diperbaiki… adalah diri. Dan yang paling penting… adalah usaha untuk jadi hambaNya yang lebih baik… setiap hari. 

 

“Kerana hidayah itu milik Allah. Dan bila Dia panggil… tak ada siapa boleh halang. Alhamdulillah,” kongsinya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement