Skip to main content

Advertorial

“Ingatkan Jenama Luar Negara…” - Kenali Siapa Di Sebalik Jenama Eskayvie

Astrogempak eskayvie (1)

Sekilas

  • Eskayvie adalah jenama kesihatan tempatan yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Dr Syid Ayob dan Dr Kartika, yang kini dikenali ramai di Malaysia.
  • Jenama ini bermula dengan fokus membantu pesakit diabetes dan kini menekankan perkembangan minda serta potensi anak-anak melalui kempen BoosterMinda.
  • Eskayvie bukan sekadar produk kesihatan, tetapi juga membina komuniti keusahawanan dan memberi sokongan berterusan kepada pengguna seperti yang ditunjukkan dalam program Talk To My Manager Musim 2.

Kalau ada yang tanya saya sebelum ini mengenai jenama Eskayvie, saya sangat yakin ia merupakan satu jenama luar negara. 

Dengan penjenamaan yang begitu profesional, pembungkusan produk yang setanding dengan jenama antarabangsa serta kempen pemasaran yang berskala besar saya cukup yakin pengasas dan pemilik jenama Eskayvie ini bukan daripada Malaysia. 

Namun, persepsi saya mula berubah apabila melihat Eskayvie muncul sebagai penaja utama program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2)



Dari situ, saya mula mengetahui bahawa Eskayvie sebenarnya merupakan syarikat tempatan yang diasaskan pada tahun 2009 oleh pasangan Bumiputera Malaysia, Dr Syid Ayob Syed Mustafa Al-Qudri dan Dr Kartika Wati Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dr Kay.

Selama lebih 17 tahun, Eskayvie berkembang daripada sebuah syarikat kesihatan tempatan kepada jenama yang cukup dikenali rakyat Malaysia. Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya bukan sekadar tempoh perjalanan syarikat ini, tetapi bagaimana mereka begitu konsisten membawa mesej tentang kesihatan, kesejahteraan, potensi anak-anak dan pembangunan masyarakat. Di situlah saya mula tertanya-tanya, mengapa Eskayvie begitu komited memperjuangkan semua ini?

Bermula Dengan Misi Membantu Pesakit Diabetes

Apabila saya mula menelusuri perjalanan Eskayvie, saya dapati bahawa pada peringkat awal, syarikat ini lebih dikenali dengan fokus terhadap kesihatan metabolik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Melalui kempen “Hidup Bahagia Tanpa Diabetes” menerusi kawalkencingmanis.com, Eskayvie menjadikan ini satu inisiatif untuk menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia untuk belajar mengenai perubahan gaya hidup, pemakanan dan kepentingan mengawal penyakit kronik.

Produk seperti Eskayvie Phytax menjadi antara yang sinonim dalam komuniti tersebut, dengan ramai pengguna berkongsi pengalaman perubahan positif selepas mengamalkannya bersama gaya hidup yang lebih sihat.

Kemudian, ketika pandemik COVID-19 melanda, saya mula melihat nama Eskayvie Diffenz pula menjadi bualan ramai apabila masyarakat memberi perhatian yang lebih besar terhadap sistem imun dan kesihatan diri. 

Mengapa Fokus Beralih kepada Potensi Anak?

Apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah perubahan fokus Eskayvie yang kini semakin menekankan perkembangan minda dan potensi anak-anak.

Jawapan kepada persoalan itu mula saya temui apabila mengikuti perkongsian Dr Kay di radio dan media sosial.

Menurut beliau, cabaran anak-anak hari ini bukan lagi sekadar sama ada mereka pandai atau tidak.

Cabaran sebenar ialah sama ada mereka mampu kekal fokus, mempunyai keyakinan diri, mengurus emosi dengan baik dan mempunyai daya tahan mental untuk menghadapi cabaran dunia hari ini.

Semakin saya mendengar perkongsian beliau, semakin saya faham mengapa isu ini sering dibangkitkan.

Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak Malaysia mengalami bantut akibat kekurangan nutrisi, manakala 27.2% murid Tahun 1 masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Dalam masa yang sama, hampir 75,000 pelajar tercicir sebelum Tingkatan 5, manakala 72.1% lepasan SPM tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Lebih menarik perhatian saya apabila Dr Kay mengaitkan keadaan ini dengan apa yang beliau gelarkan sebagai illusion of success.

Walaupun ramai pelajar memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, skor PISA menunjukkan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dari sudut kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan kompetensi sebenar.

Ditambah pula dengan realiti kanak-kanak hari ini yang menghabiskan antara enam hingga sembilan jam sehari di hadapan skrin, isu fokus, kawalan diri dan kestabilan emosi menjadi semakin penting.

Saya mula memahami bahawa bagi Eskayvie, isu ini bukan sekadar tentang akademik.

Ia adalah tentang masa depan sebuah generasi.

Daripada Kesedaran Lahirlah Kempen BoosterMinda

Semakin saya mengikuti perkongsian Dr Kay, semakin saya memahami mengapa Eskayvie begitu konsisten bercakap tentang potensi anak-anak.

Bagi beliau, setiap anak dilahirkan dengan potensi yang luar biasa.Tetapi potensi itu tidak berkembang dengan sendiri. Ia perlu dipupuk sejak awal melalui pemakanan yang baik, persekitaran yang positif, sokongan ibu bapa dan nutrisi yang mencukupi.

Dr Kay sering berkongsi bahawa perkembangan otak sebenarnya bermula seawal dalam kandungan lagi. Tempoh daripada dalam kandungan sehingga usia dua tahun merupakan golden window yang sangat kritikal kerana ketika inilah sebahagian besar asas perkembangan otak sedang terbentuk.

Katanya, ibu bapa hari ini sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk kelas tambahan, tuisyen dan pelbagai aktiviti perkembangan anak. Namun satu perkara yang sering terlepas pandang ialah asas yang paling penting iaitu perkembangan otak sejak awal kehidupan.

Daripada keprihatinan inilah lahirnya kempen BoosterMinda: Serlahkan Potensi Anak Anda.

Dan daripada kempen inilah saya mula faham bahawa Mindtropic dan Mindtropic Junior bukan dibangunkan semata-mata untuk menghasilkan satu lagi produk di pasaran. Sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada usaha Eskayvie untuk mengajak lebih ramai ibu bapa melihat perkembangan minda anak sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Sekarang Saya Faham Kenapa Mereka Menaja TTMM2

Pada mulanya, saya fikir penglibatan Eskayvie dalam Talk To My Manager Musim 2 hanyalah satu strategi pemasaran. Lagipun, apa kaitan sebuah syarikat kesihatan dengan program pertandingan nyanyian?

Namun semakin saya mengikuti program tersebut minggu demi minggu, semakin saya memahami sebab sebenar mereka berada di situ.

TTMM2 sebenarnya bukan sekadar pertandingan mencari juara. Ia menjadi ruang untuk melihat bagaimana seseorang mampu berubah apabila diberikan peluang, kepercayaan dan sokongan yang konsisten.

Ada peserta yang pada awalnya pemalu menjadi lebih berani.

Ada yang kurang yakin mula mempercayai kemampuan diri.

Ada yang semakin matang mengawal emosi apabila berdepan tekanan pertandingan.

Di situlah saya memahami apa yang dimaksudkan oleh Dr Kay apabila beliau berkata, “kejayaan sebenar bukan sekadar siapa yang menang, tetapi bagaimana seseorang berkembang menjadi versi yang lebih baik daripada dirinya sebelum ini.”

Sepanjang program berlangsung, semua peserta dan pengurus turut menerima sokongan nutrisi minda melalui Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior sebagai sebahagian daripada inisiatif BoosterMinda.

Bukan Sekadar Kata-Kata….

Namun perkara yang benar-benar mengubah persepsi saya ialah kisah Pak Hayat.

Pak Hayat bukan peserta pertandingan. Beliau merupakan pengurus kepada Hussain.

Pada minggu-minggu awal TTMM2, saya melihat sendiri bagaimana beliau bergerak menggunakan tongkat, mudah semput dan bergantung kepada inhaler akibat penyakit paru-paru kronik tahap empat yang dihidapinya.

Eskayvie sebenarnya tidak perlu membantu beliau. Namun mereka memilih untuk melakukannya.

Dr Syid Ayob Syed Mustafa Al-Qudri bersama Dr Kay dan pasukan profesional Eskayvie mula memantau perkembangan kesihatan Pak Hayat secara berkala. Beliau diberikan konsultasi, panduan gaya hidup, pemantauan fungsi paru-paru serta sokongan nutrisi melalui Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Phytax.

Minggu demi minggu, penonton TTMM2 turut menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku. Daripada seorang lelaki yang bergantung kepada tongkat, Pak Hayat akhirnya mampu berjalan tanpa bantuan, lebih aktif dan kembali menikmati rutin hariannya.

Menurut Dr Syid Ayob, bacaan oksigen Pak Hayat meningkat daripada 88% kepada 96%, manakala bacaan spirometer digital turut menunjukkan peningkatan yang positif.

Apa yang lebih menyentuh hati, bantuan itu tidak berakhir apabila lampu pentas TTMM2 dipadamkan. Eskayvie meneruskan pemantauan kesihatan Pak Hayat selama enam bulan lagi kerana bagi mereka, perubahan sebenar bukan berlaku dalam satu malam, tetapi melalui sokongan yang berterusan.

Di situlah saya benar-benar faham bahawa apa yang dibawa oleh Eskayvie bukan sekadar slogan.

Lebih Daripada Sebuah Jenama Kesihatan

Semakin saya mengenali Eskayvie, semakin saya sedar bahawa perjalanan mereka tidak berhenti pada produk kesihatan. 

Mereka turut membina Eskayvie Nexus, sebuah komuniti keusahawanan yang kini menghimpunkan lebih 130,000 ahli di seluruh Malaysia.

Ramai yang bermula sebagai pengguna. Kemudian berkongsi pengalaman sendiri. Dan akhirnya berjaya menjana pendapatan melalui sistem digital, latihan dan bimbingan yang disediakan.

Saya mula nampak satu corak yang sama.

Sama ada membantu pesakit diabetes mengubah gaya hidup. Membantu ibu bapa memahami perkembangan minda anak. Membantu Pak Hayat kembali menikmati kehidupan. Atau membantu seseorang membina semula ekonomi keluarga melalui peluang keusahawanan.

Semua yang dilakukan Eskayvie sebenarnya membawa kepada matlamat yang sama.

Memperkasakan kehidupan manusia.

Sebab itu, selepas menelusuri perjalanan Dr Syid Ayob Syed Mustafa Al-Qudri dan Dr Kartika Wati Mohamed, saya akhirnya memahami mengapa mereka melakukan semua ini.

Produk hanyalah alat dan solusi. Apa yang mereka cuba bina sebenarnya ialah masyarakat yang lebih sihat, keluarga yang lebih sejahtera dan generasi yang mempunyai peluang untuk menyerlahkan potensi mereka.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement