Skip to main content

Advertorial

Maryam DurianKimchi Dilantik Duta emart24, Ini 5 Sebab Korang Kena Cuba Menu K-Rasa!

Maryam DurianKimchi Dilantik Duta emart24, Ini 5 Sebab Korang Kena Cuba Menu K-Rasa!

Sekilas

  • emart24 lancar menu K-Rasa Fusion of Flavours bermula 15 September 2026 dengan pilihan makanan Korea halal yang mendapat pensijilan JAKIM di cawangan terpilih.
  • Maryam DurianKimchi, selebriti dan pencipta kandungan popular, diumumkan sebagai duta jenama emart24 dalam kolaborasi ‘Dua Dunia, Satu Seoul’ yang menggabungkan budaya Korea dan Malaysia.
  • Menu promosi termasuk K-Pizza Tteokbokki dan K-Creamy Korean Udon pada harga RM10.90 serta minuman Yogurt Milk pada RM6.50, tersedia sehingga 30 September 2026 di lebih 110 cawangan emart24 seluruh negara.
Advertisement

Annyeong K-food lovers! Kalau sebut pasal makanan Korea, siapa je yang tak terbayang tteokbokki yang kenyal, udon panas-panas atau minuman manis menyegarkan kan?

Lagi best bila pilihan K-food semakin mudah nak dicari dekat Malaysia! Untuk lebih keyakinan, menu e-kafe emart24 di cawangan terpilih juga telah mendapat pensijilan halal JAKIM, manakala proses pensijilan bagi lebih banyak cawangan sedang dijalankan.

Advertisement

Kali ini, emart24 ada sesuatu yang menarik untuk korang apabila memperkenalkan menu terbaharu K-Rasa Fusion of Flavours bermula 15 September 2026.

Bukan itu sahaja, pencipta kandungan popular Maryam You Narae atau Maryam DurianKimchi (@uyounik) turut diumumkan sebagai duta jenama terbaharu emart24.

Dengan lebih dua juta pengikut dan lebih 47 juta tontonan di TikTok, rasanya ramai dah cukup kenal dengan Maryam terutama menerusi perkongsiannya tentang kehidupan, keluarga dan makanan Korea.

Jadi, apa yang best sangat tentang kolaborasi ‘Dua Dunia, Satu Seoul’ ni? Haa, ini lima sebab korang kena ambil tahu!

1. Maryam DurianKimchi Kini Sebahagian Daripada Keluarga emart24

Kalau korang selalu mengikuti Maryam, mesti tahu makanan Korea memang cukup dekat dengan dirinya.

Sebagai seorang Muslim mualaf yang berasal dari Korea dan kini menjalani kehidupan berkeluarga di Malaysia, Maryam juga sering berkongsi momen menyediakan hidangan Korea untuk dua anaknya, Rina dan Rian.

Sebab itu bila Maryam diumumkan sebagai duta emart24, kerjasama ini memang kena sangat dengan dirinya.

Malah, tagline ‘Dua Dunia, Satu Seoul’ sendiri membawa semangat pertemuan dua budaya iaitu Korea dan kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

“emart24 memang sesuai dengan diri saya dan saya sememangnya peminat makanan mereka. Sebagai seorang Muslim mualaf yang menggemari makanan Korea, halal amat penting bagi saya dan emart24 memahami itu.

“Memasak K-food untuk Rina dan Rian sentiasa menjadi kebahagiaan saya, dan kini saya berpeluang berkongsi kebahagiaan itu bersama semua rakyat Malaysia,” kata Maryam.

2. Tteokbokki + Pizza? Haa, Yang Ni Kena Cuba!

dfv

Okay, sekarang kita masuk bahagian paling best, makanan!

Antara menu yang boleh dicuba ialah K-Pizza Tteokbokki dan K-Reamy Korean Udon, masing-masing ditawarkan pada harga promosi pengenalan RM10.90 sehingga 30 September 2026.

Kalau datang dengan member, seorang boleh ambil tteokbokki, seorang lagi ambil udon. Lepas tu boleh rasa dua-dua. Bijak tak?

3. Nak Nikmati K-Food Dengan Lebih Yakin? Ini Yang Korang Perlu Tahu

Bagi penggemar K-food Muslim, aspek halal semestinya antara perkara yang diberi perhatian.

Untuk pengetahuan korang, menu e-kafe emart24 di cawangan terpilih telah mendapat pensijilan halal JAKIM, manakala proses pensijilan bagi lebih banyak cawangan sedang dijalankan.

Aspek halal juga cukup dekat dengan Maryam sendiri sebagai seorang Muslim mualaf yang menggemari makanan Korea.

Jadi, korang boleh semak terlebih dahulu cawangan emart24 yang menawarkan menu e-kafe dengan pensijilan halal JAKIM untuk menikmati pilihan yang ditawarkan dengan lebih yakin.

 

4. Jangan Lupa ‘Yogurt Milk’, Harga Promosi RM6.50 Je

Makan tteokbokki atau udon mestilah nak ada air sekali kan?

K-Rasa turut memperkenalkan dua pilihan minuman iaitu Strawberry Pop Yogurt Milk dan Mango Pop Yogurt Milk, masing-masing ditawarkan pada harga promosi pengenalan RM6.50 sehingga 30 September 2026.

Team strawberry atau team mango? Yang itu korang kena cuba sendiri!

Kalau tengah berjimat pula, boleh juga tengok pilihan Jemart Value yang menawarkan konsep ‘mix-and-match’ makanan serta minuman sedia dimakan pada harga RM5.90, RM6.90 dan RM7.90.

Jadi, nak cari makanan cepat ketika sibuk atau nak makan tanpa ‘rabak’ sangat poket, ada pilihan yang boleh disesuaikan dengan bajet.

Dengan 110 cawangan emart24 di seluruh negara setakat 15 September 2026, nak cari cawangan berdekatan pun semakin mudah.

5. K-Rasa Baru Permulaan, Banyak Lagi Kejutan Lepas Ni!

Kalau ingat kerjasama Maryam dan emart24 habis setakat pelancaran menu ini, belum lagi!

Selepas ini, kedua-duanya merancang untuk memperkenalkan lebih banyak perkara menarik termasuk hidangan halal berinspirasikan Korea yang direka bersama, produk jenama sendiri pilihan Maryam serta cenderahati edisi terhad untuk ahli VIP.

Malah, sesi meet-and-greet juga antara yang bakal menyusul. Haa, peminat Maryam bolehlah tunggu pengumuman seterusnya!

Lebih banyak perkembangan mengenai kolaborasi ‘Dua Dunia, Satu Seoul’ akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Dah Lapar? Jom Singgah emart24!

Kalau baca sampai sini dah mula terbayang tteokbokki dan udon, apa lagi?

Korang boleh singgah ke cawangan emart24 terdekat untuk cuba sendiri menu K-Rasa Fusion of Flavours yang dilancarkan bermula 15 September 2026.

Jangan lepaskan peluang menikmati harga promosi pengenalan K-Rasa sehingga 30 September 2026.

Untuk tahu apa lagi yang Maryam dan emart24 bakal buat selepas ini, jangan lupa ikuti @emart24malaysia dan Maryam menerusi @uyounik.

Siapa tahu lepas ni ada lagi menu Korea yang boleh masuk dalam senarai makanan favourite korang!

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Must Watch Video

Advertisement