Skip to main content

Advertorial

McDonald’s Malaysia Umumkan Zakat RM2 Juta Bagi Tahun 2025, Santuni Asnaf Di Seluruh Negara Dengan Kotak Rezeki

MCDONALDS ZAKAT

McDonald’s Malaysia terus menyerlahkan komitmennya sebagai syarikat milik penuh umat Islam dengan mengumumkan bayaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun ini. 

Buat pertama kali, McDonald’s Malaysia menjelajah ke semua 14 negeri untuk melaksanakan penyerahan zakat kepada Majlis Agama Islam masing-masing, selain mengadakan majlis di restoran-restoran McDonald’s terpilih untuk menyantuni masyarakat setempat. 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata pihak McDonald’s sangat bersyukur dapat menyantuni dan membantu pihak yang memerlukan terutama pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan mereka. 

“McDonald’s Malaysia amat bersyukur dapat melunaskan pembayaran zakat yang menjadi sebahagian daripada Rukun Islam. “Istimewanya pada tahun ini, syarikat kami bukan sahaja membayar zakat sebagai tuntutan fardu, tetapi juga berkongsi kesyukuran ini bersama masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan dan menyantuni pelanggan yang sentiasa menyokong kami selama ini,” katanya. 

Menerusi salah satu majlis penyerahan yang berlangsung di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya Presint 2 baru-baru ini, McDonald’s Malaysia mengumumkan sejumlah RM300,000 disumbangkan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). 

Dalam pada itu, Azmir Jaafar turut memberitahu bahawa McDonald’s Malaysia mula membayar zakat pada tahun 2017 apabila mereka menjadi syarikat 100% milik orang Islam. 

“Sejak 2017, apabila McDonald’s Malaysia menjadi syarikat 100% milik orang Islam, kami telah mengeluarkan zakat sebanyak RM14 juta.,“tambahnya. 

Selain itu, restoran khidmat segera itu turut menyediakan 1,000 hidangan percuma di setiap lokasi, termasuk Putrajaya hari ini, untuk berkongsi kesyukuran dengan pelanggan yang hadir dan sebagai tanda terima kasih atas sokongan terhadap perniagaan syarikat selama ini. 

Pada majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut berbesar hati menyumbangkan 100 Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada keluarga asnaf di sekitar Putrajaya sebagai bantuan terus bagi meringankan beban mereka. 

Bagi tujuan itu, McDonald’s Malaysia bersama PPZ-MAIWP turut menjalankan program ziarah rumah ke rumah untuk menyantuni serta menyumbangkan Kotak Rezeki kepada yang memerlukan di sekitar Putrajaya. 

Dalam pada itu, penerima bantuan, Jamal Shahruddin meluahkan rasa syukur apabila menerima bantuan dan kunjungan daripada McDonald’s serta PPZ-MAIWP. 

“Alhamdulillah dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami sekeluarga. Dan dengan kedatangan McDonald’s memberikan kegembiraan kepada anak saya (Muhammad Darwisy Fitri) kerana dia sangat suka makan ayam goreng McD. Jadi hari ini dia memang sangat gembira,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Nuh Mubin juga merasakan bantuan yang telah diterima sangat-sangat membantunya untuk pengurusan anak istimewanya, Nuha Humaira. 

“Sejujurnya sangat-sangat membantu, ahli keluarga dan kawan-kawan ada yang tolong tapi dengan bantuan yang ada ini sekurangnya ia dapat mengurangkan beban keluarga kami,” katanya. 

Terdahulu, McDonald’s Malaysia turut menjelajah ke Negeri Perak, Terengganu dan Selangor bagi menjayakan majlis penyerahan zakat ini kepada Majlis Agama Negeri masing-masing. 

Berhasrat untuk menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti sekitar restorannya, setiap tahun McDonald’s Malaysia akan menjalankan lebih 10,000 aktiviti kemaslahatan, melibatkan semua lebih 370 restorannya di seluruh negara menerusi program Komuniti @ McDonald’s. 

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. 

Sijil ini mengiktiraf sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat ini melengkapi Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement