Kalau sebut pasal percutian sekeluarga, mesti kita nak cari destinasi yang bukan saja mesra kanak-kanak, tapi penuh pengalaman unik untuk semua peringkat umur. Baru seronok semua ahli keluarga boleh enjoy!
Itulah yang dapat kita lihat dalam siri Travel Anak Beranak apabila selebriti tempatan seperti Sharifah Shahirah dan Adira Suhaimi bersama anak masing-masing meneroka pengalaman baharu di Western Australia.
Advertisement
Episod mereka membuktikan bahawa family trip ke Down Under bukan sekadar jalan-jalan, tetapi juga penuh gelak tawa, cabaran spontan dan kenangan manis yang sukar dilupakan.
Jom tengok 5 aktiviti yang korang wajib cuba bila melancong anak-beranak ke Australia:
1. Jumpa haiwan comel Australia di Caversham Wildlife Park

Kanak-kanak mana yang tak excited dapat jumpa kanggaru, koala atau wombat depan mata? Lokasi wajib singgah bila ke Perth sebab anak-anak confirm happy, mak ayah pun enjoy sama.
Selain itu, jangan lepaskan peluang menonton Farm Show, memang highly recommended! Di sini anda boleh lihat sendiri aktiviti seperti sheep shearing, crack a stock whip, perah susu lembu dan bagi anak kambing minum botol.
Malah, pengunjung juga berpeluang jadi sukarelawan untuk sertai sebahagian aktiviti ini.
2. Jalan-Jalan di Kings Park dan Botanic Garden

Nak bonding time dengan keluarga? Kings Park dan Botanic Garden adalah spot ideal dengan taman hijau luas serta pemandangan bandar Perth dan Swan River yang cantik.
Selain jadi habitat lebih 70 spesies burung liar seperti burung kakak tua, burung hantu dan kingfisher, taman ini juga menempatkan lebih 326 spesies tumbuhan asli yang menambahkan lagi keindahan semula jadi kawasan ini.
Kanak-kanak pula pasti teruja kerana terdapat beberapa taman permainan menarik seperti Dinosaur Playground dan Rio Tinto Naturescape, yang direka khas untuk memberi pengalaman interaktif dengan alam semula jadi.
Kalau travel musim sejuk, korang juga boleh nikmati pengalaman Lightscape Perth, pertunjukan cahaya penuh warna-warni yang juga pernah ditampilkan dalam siri Travel Anak Beranak.
3. Nikmati Lobster Cruise di Mandurah

Sepanjang pelayaran, seisi keluarga bukan saja dapat menikmati hidangan lobster segar, malah boleh cuba pengalaman haul in your own catch dengan bantuan kru bot.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat aksi dolphin liar bermain di air serta burung-burung seperti pelikan dan osprey yang menghiasi pemandangan sepanjang sungai.
4. Terokai kejutan di Margaret River
Margaret River bukan saja terkenal dengan pantai cantik, malah menawarkan banyak tarikan family-friendly. Salah satunya ialah Busselton Jetty, jeti kayu terpanjang di Hemisfera Selatan.
Korang boleh naik Jetty Train sejauh 1.7km dan teruskan ke Busselton Jetty’s Underwater Observatory untuk melihat sendiri lebih 300 spesies marin dengan lebih dekat.
Pengalaman ini juga pernah dirasai keluarga selebriti dalam Travel Anak Beranak dan sememangnya pengalaman ini pasti buat anak-anak teruja!

Selain itu, kawasan ini juga mempunyai gua batu kapur menakjubkan seperti Mammoth Cave dan Jewel Cave.
Lepas puas teroka gua, keluarga boleh meneruskan perjalanan di sepanjang 200km garis pantai Margaret River, sama ada untuk berenang, berkelah, berselancar ataupun sekadar santai di pasir putih sambil menikmati sinaran matahari.
5. Naik feri ke Rottnest Island dan ambil gambar dengan quokka

Quokka digelar sebagai ‘world’s happiest animal’ kerana wajahnya yang seolah-olah sentiasa tersenyum. Anak-anak pasti seronok bergambar dengan haiwan comel ini. T
ambahan pula, perjalanan feri ke pulau ini sendiri sudah jadi pengalaman menyeronokkan yang tak patut dilepaskan.
Jangan lupa tonton Travel Anak Beranak untuk tengok sendiri aktiviti menarik yang korang pun boleh cuba bila ke Western Australia.
Nak rasa pengalaman yang sama seperti itu? “Come and say G’day” dengan pelbagai great Australian deals, jimat sehingga RM1,000* seorang hanya di Australia.com/greatdeals.
*Jualan berakhir pada 11 Oktober 2025. Tertakluk pada terma & syarat.