Skip to main content
Advertisement

Advertorial

“Tarik” Satukan Mereka! Kisah GeramBeat, Empat Wanita Sabah Yang Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Sukan SEA

“Tarik” Satukan Mereka! Kisah GeramBeat, Empat Wanita Sabah Yang Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Sukan SEA
Advertisement

Ada kejayaan yang diraikan dengan sorakan dan tepukan gemuruh. Ada juga kisah luar biasa yang mungkin tidak diketahui ramai, tetapi tetap layak untuk diceritakan.

Itulah kisah GeramBeat, empat wanita dari Sabah yang disatukan oleh satu minat yang sama- sukan tarik tali. 

Doris Ng Lee Chu (38), Noveny Viannie (26), Victoria Martin (51) dan Lisa Lawrence (29) datang daripada latar kehidupan yang berbeza. Di luar gelanggang, mereka mempunyai pekerjaan, keluarga dan tanggungjawab masing-masing. Namun apabila tiba masa untuk berlatih, mereka berkongsi satu matlamat yang sama. 

Advertisement

Bagi mereka, tarik tali bukan sekadar tentang siapa yang paling kuat. Ia memerlukan kepercayaan, disiplin dan kerjasama kerana setiap individu mempunyai peranan, dan setiap tarikan perlu bergerak dalam satu arah. 

Semangat itulah yang akhirnya membawa GeramBeat dari Sabah hingga ke pentas Sukan SEA 2025 di Thailand. 

Pada temasya tersebut, GeramBeat diberi peluang membawa nama Malaysia dalam acara demonstrasi Women’s 4x4 250kg Tug of War dan berjaya membawa pulang pingat emas daripada acara berkenaan. 

Walaupun tarik tali dipertandingkan sebagai acara demonstrasi dan bukan acara pingat rasmi Sukan SEA, pencapaian itu tetap menjadi satu detik bermakna dalam perjalanan GeramBeat- lebih-lebih lagi apabila melihat usaha dan cabaran yang mereka lalui untuk sampai ke tahap tersebut.
 

Dari Tarik Tali Ke Kopi Tarik

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, WONDA Kopi Tarik membawa kisah GeramBeat kepada rakyat Malaysia menerusi kempen “Tarik Malaysians Together”, yang meraikan semangat kebersamaan rakyat Malaysia.

Menariknya, kempen ini menemukan dua perkara yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia — tarik tali dan kopi tarik.

Tarik tali hanya berjaya apabila semua orang memainkan peranan dan menarik bersama-sama. Kopi tarik pula sering menjadi sebahagian daripada momen kita duduk bersama, berkongsi cerita dan meluangkan masa dengan orang di sekeliling.

Berbeza caranya, tetapi semangatnya sama- kita lebih kuat apabila bersama.

Dan bagi GeramBeat, semangat itu bukan sekadar kata-kata.

Di sebalik setiap tarikan ada latihan, pengorbanan dan kepercayaan antara satu sama lain. Empat wanita dengan kehidupan dan tanggungjawab berbeza akhirnya mampu bergerak sebagai satu pasukan sehingga membawa mereka dari komuniti di Sabah ke pentas serantau.

Inilah semangat yang mahu dibawa oleh WONDA Kopi Tarik melalui “Tarik Malaysians Together” — bahawa setiap daripada kita mungkin mempunyai kekuatan dan peranan yang berbeza, tetapi apabila kita bergerak bersama, kita mampu pergi lebih jauh.


Kenali Wanita Di Sebalik GeramBeat

Kisah mereka turut dipaparkan menerusi filem utama kempen WONDA Kopi Tarik, yang membawa penonton mengenali dengan lebih dekat empat wanita di sebalik pasukan tersebut .

Bukan sekadar aksi di gelanggang, filem tersebut mengikuti kehidupan Doris, Noveny, Victoria dan Lisa di luar sukan daripada pekerjaan dan keluarga sehinggalah latihan yang perlu dilakukan di celah-celah tanggungjawab harian.

Melalui kisah sebenar mereka, rakyat Malaysia dapat melihat bahawa di sebalik sebuah pasukan yang berjaya sampai ke pentas Sukan SEA, ada empat wanita biasa yang memilih untuk terus mengejar minat mereka walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Dan mungkin itulah yang menjadikan kisah GeramBeat begitu dekat dengan semangat Merdeka dan Hari Malaysia- bukan tentang seorang individu, tetapi tentang apa yang boleh dicapai apabila kita percaya dan tarik bersama.


 


#KitaTarikBersama Di Keretapi Sarong 2026

Semangat #KitaTarikBersama tidak terhenti di skrin.

Bersempena Hari Malaysia pada 16 September, WONDA Kopi Tarik akan membawa “Tarik Malaysians Together” secara langsung kepada rakyat Malaysia menerusi Keretapi Sarong 2026.

Bermula di Stesen LRT Subang Jaya, orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan secara langsung, permainan interaktif, menikmati WONDA Kopi Tarik secara percuma, mendapatkan barangan eksklusif serta menikmati perjalanan kereta api percuma ke Keretapi Sarong 2026.

Jadi, kalau anda mahu merasai sendiri semangat #KitaTarikBersama pada Hari Malaysia ini, jangan lupa singgah dan raikannya bersama WONDA Kopi Tarik.

Ikuti akaun Instagram rasmi WONDA Coffee di @wondacoffee untuk perkembangan kempen dan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang bakal berlangsung.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement