Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, salah seorang daripada enam finalis Gegar Vaganza 12 (GV12) akan dinobatkan sebagai juara.
Nubhan, Iskandar Ismail, Mendua, Ruri Repbvlik, Mell Sakura dan Mark Adam masing-masing membawa cerita, perjuangan dan semangat yang tersendiri dalam memberikan persembahan terbaik sekali gus merebut gelaran juara untuk edisi kali ini.
Namun di sebalik setiap persembahan yang menggegarkan pentas, wujud satu kekuatan yang tidak pernah luntur iaitu sokongan padu peminat. Inilah semangat yang diraikan menerusi Anugerah CelcomDigi Ikon Semangat No.1, sebuah anugerah undian peminat yang melambangkan hubungan istimewa antara artis dan mereka yang sentiasa berdiri di belakangnya.
Anugerah ini memberi kuasa sepenuhnya kepada penonton untuk memilih bintang yang bukan sahaja menyerlah di atas pentas, tetapi turut memancarkan semangat juang, keikhlasan dan aura yang menyentuh hati. Setiap undian adalah tanda kepercayaan, setiap sokongan adalah bukti kesetiaan.
Sebagai tanda penghargaan terhadap peminat yang menyokong tanpa jemu, CelcomDigi meraikan peranan penting mereka yang menjadi nadi kekuatan sebenar setiap finalis GV12, dengan menawarkan ganjaran eksklusif kepada tiga peminat teratas Ikon Semangat No.1 sebagai simbol sokongan dan kesetiaan luar biasa mereka.
Peminat bertuah bakal membawa pulang hadiah eksklusif berupa CelcomDigi Prepaid 5G kredit tambah nilai setahun bernilai RM360 dan sebuah HONOR Magic8 Pro. Tidak hanya itu, tiga peminat bertuah ini juga akan diberi peluang menonton secara langsung pentas akhir Gegar Vaganza di MBSA.
Tunggu Apa Lagi! Undi Ikon Semangat No.1 Anda & Menang Hadiah Menarik
Mengundi kini lebih mudah dan pantas dengan beberapa langkah berikut:
- Klik pautan undian melalui saluran WhatsApp ‘Gegar Vaganza Musim 12’ (013-456 8082).
- Muat turun dan log masuk ke aplikasi baharu CelcomDigi untuk mendapatkan kod unik. Log masuk kali pertama akan memberi anda 30 undian ekstra.
- Mahu lebih undian? Pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G boleh tambah nilai melalui aplikasi baharu CelcomDigi untuk mendapatkan undian tambahan mengikut nilai tambah nilai. Bagi yang belum menjadi pelanggan, anda boleh mendapatkan pek CelcomDigi Prepaid 5G di CelcomDigi Online Store.
- Selepas memuat turun aplikasi dan/atau menambah nilai, klik ikon ‘loceng’ Notifikasi dalam aplikasi CelcomDigi dan semak mesej pemberitahuan ‘Gegar Vaganza’. Kod akan diterima dalam tempoh 30 minit.
- Klik ‘Undi Sekarang’ dan undi melalui WhatsApp ‘Gegar Vaganza Musim 12’. Kod unik anda akan dipaparkan secara automatik di ruang mesej WhatsApp.
Ganjaran undian ekstra:
- Muat turun & log masuk kali pertama aplikasi CelcomDigi: 30 undi
- Tambah nilai RM10: 50 undi
- Tambah nilai RM30: 200 undi
- Tambah nilai RM50: 400 undi
Jangan lepaskan peluang untuk menyokong artis Gegar Vaganza kegemaran anda sambil berpeluang memenangi hadiah bernilai tinggi.
Muat turun aplikasi CelcomDigi sekarang, tambah nilai lebih untuk undi artis pilihan anda dan rebut peluang memenangi CelcomDigi Prepaid 5G kredit tambah nilai setahun (RM360), HONOR Magic8 Pro serta menjadi tetamu istimewa di pentas akhir Gegar Vaganza.

HONOR Magic8 Pro: Hadiah Premium Untuk Peminat Paling Bersemangat
Sebagai hadiah utama, HONOR Magic8 Pro tampil sebagai telefon pintar flagship dengan keupayaan fotografi bertaraf tinggi.
Dilengkapi sistem kamera AI telefoto tercanggih dalam industri, peranti ini menawarkan prestasi luar biasa untuk rakaman waktu malam, potret yang tampak hidup serta imej yang tajam dan stabil walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Keupayaan fotografi premium ini turut menjadikan HONOR Magic8 Pro sebagai peranti fotografi mudah alih pilihan sempena Kempen Visit Malaysia 2026.
Jangan Tunggu Lagi! Undi & Menang Sekarang
Lebih banyak anda undi, lebih banyak peluang untuk menang jadi jangan lepaskan peluang untuk menyokong artis Gegar Vaganza kegemaran anda sambil berpeluang memenangi hadiah menarik daripada CelcomDigi dan HONOR.
Muat turun aplikasi CelcomDigi sekarang, tambah nilai lebih untuk undi artis pilihan anda dan rebut peluang memenangi CelcomDigi Prepaid 5G kredit tambah nilai setahun bernilai RM360, HONOR Magic8 Pro serta berpeluang memenangi pas masuk ke pentas akhir Gegar Vaganza.