Skip to main content

“AI Boleh Bantu Buat Demo Lagu, Cuma Jangan ‘Cheat’” – Haqiem Rusli Kongsi Pendapat Penggunaan AI Dalam Karya

Astro Gempak 334

Sekilas

  • Haqiem Rusli berkongsi pandangan positif tentang penggunaan AI sebagai alat bantu dalam menghasilkan demo dan membina idea awal lagu.
  • Beliau menegaskan pentingnya menggunakan melodi dan lirik sendiri supaya karya kekal asli dan tidak disalah guna.
  • Haqiem menganggap AI sesuai digunakan pada peringkat awal penghasilan lagu walaupun tiada sentuhan manusia sepenuhnya.

Penyanyi Haqiem Rusli berkongsi pandangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu.

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berpendapat teknologi tersebut boleh dimanfaatkan sebagai alat sokongan khususnya dalam menghasilkan demo dan membina idea awal sesebuah karya.

“Saya rasa AI memang boleh bantu kita create demo lagu dan bina vision untuk arrangement.

“Saya baru download SUNO dan ia banyak membantu sebenarnya,” katanya.

gfnf

Bagaimanapun, pelantun lagu Sangkar Derita itu menegaskan penggunaan AI tidak seharusnya disalah guna sehingga menjejaskan keaslian karya.

“Cuma jangan ‘cheat’, kena guna melodi dan lirik sendiri, baru ada originality itu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, meskipun penggunaan AI tidak mempunyai sentuhan manusia sepenuhnya, ia masih sesuai digunakan pada peringkat awal penghasilan lagu.

“Walaupun ‘human touch’ itu tak ada, tapi untuk demo saya rasa okay saja,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement