Skip to main content

Viral

Aisar Khaled Pulangkan Duit Individu Salah ‘Transfer’, Siap Bagi Lebih Buat Beli Susu Anak - “Saya Dah Biasa Orang Tak Suka…”

ASTROGEMPAK Aisar

Sekilas

  • Aisar Khaled telah memulangkan wang RM600 yang tersilap masuk ke akaunnya dan turut memberi tambahan duit belanja untuk keperluan anak individu tersebut.
  • Individu itu memohon maaf kepada Aisar dan suaminya, manakala Aisar pula memohon maaf atas kelewatan memberi respons kerana kesibukan.
  • Aisar yang popular di Indonesia berkata dia sudah biasa menerima kecaman netizen dan mendoakan rezeki serta kebahagiaan untuk keluarga individu tersebut.

Seorang individu meluahkan rasa syukur apabila Aisar Khaled sudah mengembalikan wang milik suaminya yang tersilap masuk ke akaun pempengaruh media sosial tersebut. 

 

Menerusi perkongsian individu tersebut mendedahkan Aisar bukan sahaja kembalikan wang RM600 malah turut memberi tambahan duit belanja keperluan anaknya. 

 

“Alhamdulillah korang Aisar dah transfer. Malah bagi lebih dari apa yang saya jangka. saya cuma minta transfer duit yang suami saya salah transfer. 

 

“Rezeki anak-anak. Terima kasih Aisar Khaled dan terima kasih juga Ans Khalid  tak berhenti tolong saya update dekat Aisar. Aus Khalid dia ada komen dekat saya punya post. 

 

“Terima kasih korang semua yang tolong tag. Semoga korang semua yang tolong saya dimurahkan rezeki. Minta maaf dari oihak saya dan suami. 

 

“Dan saya pun dah minta maaf dekat Aisar dan abang dia, Jadi kosong-kosong semua,” kongsinya. 

 

Individu tersebut turut memuat naik paparan skrin mesej dia memohon maaf kepada Aisar yang menerima kecaman teruk daripada netizen. 

 

Aisar yang turut popular di negara Indonesia berkata dia sudah biasa dengan netizen yang tidak menyukai dirinya. 

 

“Kirim salam semua. Saya dah biasa orang tak suka dekat saya. Semoga Allah mewahkan rezeki kamu sekeluarga,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Aisar menerusi Threads miliknya turut memohon maaf kerana lewat memberi respons disebabkan kesibukkan. 

 

“Saya ada terima satu mesej daripada satu kakak yang suami dia tersalah transfer ke bank saya, minta maaf di atas kelambatan respon agak busy beberapa hari ini.

 

“Saya dah transfer balik duit dan lebihkan jumlahnya. Ikhlas untuk rezeki anak baby family tu. ❤️

Saya doakan kakak dan abang dimewahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga,” tulisnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement