Sekilas
- Pelawak Ajak Shiro pernah menghadapi masalah kewangan serius pada 2023 hingga terpaksa menjual rumahnya di Johor dan menanggung kerugian hampir RM600,000.
- Masalah bermula selepas wang modal produksi yang digunakan tidak dipulangkan, menyebabkan Ajak berhutang keliling pinggang dan rasa buntu.
- Sahabat baiknya, pelawak Shuib, mendoakannya di hadapan Kaabah ketika umrah, yang memberi kekuatan dan membantu mempermudahkan urusannya sedikit demi sedikit.
Pelawak Ajak Shiro mendedahkan dia pernah melalui detik paling sukar dalam hidup apabila berdepan masalah kewangan yang serius sekitar tahun 2023 sehingga terpaksa mengorbankan segala simpanan dan menjual rumah miliknya di Johor.
Menurut Ajak, ujian tersebut bermula apabila dia menggunakan wang simpanan sendiri serta modal daripada seorang individu untuk menjayakan sebuah produksi.
Namun, apabila bayaran yang sepatutnya diterima tidak dipulangkan, dia terpaksa menanggung kerugian besar.
“Aku pernah diuji jatuh tiba-tiba pada tahun 2023. Aku guna semua duit simpanan dan sorang lagi Hamba Allah yang kongsikan modal pada aku untuk production.
“Bila tak dapat bayaran semula aku terpaksa jual rumah di Johor dan guna duit sendiri untuk bayar kos. Kesemuanya hampir RM600,000. Kes apa aku malas nak ulas. Panjang tak nak ingat dan menyakitkan hati,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, Ajak turut berkongsi momen yang tidak dapat dilupakannya apabila sahabat baiknya, pelawak Shuib, mendoakannya di hadapan Kaabah ketika mengerjakan umrah.
Walaupun tidak pernah menceritakan kesempitan hidup yang dialaminya kepada Shuib, Ajak percaya rakannya itu dapat merasakan dirinya sedang bergelut dengan pelbagai masalah.
“Tapi ada satu tahun tu Shuib dah kerja Suria rasanya… aku tak adalah kongsi kat dia kondisi aku. Tapi sebagai kawan mungkin dia nampak aku struggle waktu tu.
“Masa dia pergi umrah tiba-tiba dia hantar video yang dia doakan aku depan Kaabah,” kongsinya.
Ajak mengakui ketika itu dia benar-benar buntu kerana dibelenggu hutang yang disifatkan ‘keliling pinggang’ sehingga merasakan tiada jalan keluar.
Namun, selepas menerima kiriman video doa daripada Shuib, dia merasakan segala urusannya dipermudahkan sedikit demi sedikit.
“Eib (Shuib), secara jujurnya aku memang tengah teruk waktu tu. Hutang keliling pinggang. Aku rasa aku tak mampu nak bayar. Habis aku fikir aku tak jumpa jalan. Tapi entahlah.
“Dari pada kata-kata kau dalam doa ni aku rasa aku macam semuanya dipermudah. Hutang ada tapi semakin susut. Benda yang aku tak pernah terfikir tiba-tiba Allah hadirkan dari jalan yang aku sendiri tak sangka,” katanya.
Di akhir perkongsiannya, Ajak bersyukur dan berterima kasih kepada Shuib kerana tidak pernah putus mendoakan sahabat-sahabatnya.
“Terima kasih Eib kau selalu doakan kawan-kawan. Ya Allah, peliharalah sahabat aku ini. Lapangkanlah segala urusannya, lindungilah dia dan keluarganya, dan bukakan seluas-luasnya pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
“Kurniakan ketenangan dalam hidupnya, dan membalas setiap kebaikan yang pernah dia lakukan kepada orang lain dengan ganjaran yang berlipat ganda. Aku tak minta apa-apa daripada korang. Kalau sudi, kirimkanlah satu doa buat Shuib.
“Kadang-kadang, satu doa yang ikhlas daripada ramai orang mampu menjadi hadiah paling besar buat seseorang. Amin.. Semoga siapapun yang diduga, diberi ujian, sama ada berat atau ringan, diberikan terus kekuatan untuk tempuh dugaan..Insyaalllah hidup kita sementara. Dugaan kita juga sementara,” katanya.
@ajakshiro_ Harini aku nak kongsi pasal Shuib.. . Aku pernah diuji jatuh tiba2 pd tahun 2023. Aku guna semua duit simpanan dan sorang lagi Hamba Allah yang kongsikan modal pada aku utk production. Bila xdpt bayaran semula aku terpaksa jual rumah di Johor dan guna duit sendiri utk byr kos.Kesemuanya hampir 600k. Kes apa aku malas nak ulas. Panjang xnak ingat dan menyakitkan hati. . Tapi ada satu tahun tu Shuib dah kerja Suria rasanya.. Aku xdelah kongsi kat dia kondisi aku. Tapi sebagai kawan mungkin dia nampak aku struggle waktu tu..Masa dia pergi umrah tiba2 dia hantar video yang dia doakan aku depan Kaabah. Eib, secara jujurnya aku memang tengah teruk waktu tu. Hutang keliling pinggang. Aku rasa aku xmampu nak bayar.. Habis aku fikir aku x jumpa jalan. Tapi entahlah.. Dari pada kata2 kau dalam doa ni aku rasa aku macam semuanya dipermudah. Hutang ada tapi semakin susut.. Benda yang aku xpernah terfikir tiba2 Allah hadirkan dari jalan yg aku sendiri tak sangka. . Terima kasih Eib kau selalu doakan kawan2.. Ya Allah, peliharalah sahabat aku ini. Lapangkanlah segala urusannya, lindungilah dia dan keluarganya, dan bukakan seluas-luasnya pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Kurniakan ketenangan dalam hidupnya, dan membalas setiap kebaikan yang pernah dia lakukan kepada orang lain dengan ganjaran yang berlipat ganda. . Aku tak minta apa-apa daripada korang. Kalau sudi, kirimkanlah satu doa buat Shuib. . Kadang-kadang, satu doa yang ikhlas daripada ramai orang mampu menjadi hadiah paling besar buat seseorang. Amin.. . Semoga siapapun yang diduga, diberi ujian, sama ada berat atau ringan, diberikan terus kekuatan untuk tempuh dugaan..Insyaalllah hidup kita sementara. Dugaan kita juga sementara. . @shuibsepahtu . #salamjumaat🌹 ♬ original sound - Ajak Shiro