Skip to main content

Selebriti

Akim Ahmad Kongsi Pesanan Bapa, Sentiasa Beringat Baca Doa Sebelum Mengaji Al-Quran - “Mudahan Bila Dengan Berdoa…”

IMG 4429

Sekilas

  • Akim Ahmad berkongsi pesanan bapanya supaya membaca doa sebelum mengaji Al-Quran bagi mengelakkan kesalahan dalam bacaan.
  • Doa yang dikongsi oleh Akim mengandungi permohonan agar diberikan hikmah, rahmat, dan ingatan dalam mengaji.
  • Akim menasihatkan supaya bertanya kepada yang lebih berilmu mengenai bacaan Al-Quran, sambil menegaskan pentingnya yakin dan berdoa.
Advertisement

Perkongsian penyanyi dan komposer Akim Ahmad mengenai pesanan bapanya menerusi Threads meraih perhatian wargamaya.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, suami kepada penyanyi Stacy Anam ini berkata dia sentiasa ingat pesanan bapanya yang berpesan agar membaca doa sebelum memulakan mengaji Al-Quran.


 

“Ayah pesan saya, ‘Akim, baca Al-Quran jangan lupa baca doa, mudahan bila dengan berdoa, Al-Quran tak laknat kita bila ada kesalahan dalam bacaan’.


 

“Wallahualam bissawab

اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ، وَانْشُرْ عَلَيْنَا رَحْمَتَكَ، وَذَكِّرْنَا مَا نَسِينَا يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ


 

“Allahummaftah ‘alaina hikmataka, wansyur ‘alaina rahmataka, wa zakkirna ma nasina, ya zal jalali wal ikram,” kongsinya.


Dalam pada itu seorang individu tertarik dengan perkongsian tersebut dan bertanyakan kepada Akim adakah dia perlu teruskan bacaan Al-Quran dah perlahan-lahan. jika dia tersalah tajwid atau sebutan.


 

Bagaimanapun Akim memberitahu persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada yang lebih berilmu.


 

“Kena tanya orang yang lebih berilmu. Untuk saya, dah baca doa, yakin, inshaAllah Allah ampunkan, tambah pula tadi bacaan perlahan-lahan, memang class.


 

“Allah kan Maha Pengampun lagi Penyayang. Wallahualam bissawab,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement