Skip to main content

Viral

Akui Kekhilafan, Marissa Dania Persoal Tindakan Madu Ungkit Isu Lama Sebelum Kahwin? - “Saya Tak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya…”

ASTROGEMPAK Marissa Dania

Sekilas

  • Marissa Dania, isteri kedua Ahmad Aslam, mempertahankan diri dengan mempersoalkan tindakan Umisya Mazlan yang terus membangkitkan isu lama sebelum perkahwinannya.
  • Marissa mengakui kesilapan lalu tetapi menegaskan dia tidak mengganggu selepas bernikah dan tidak menuntut hak sebagai isteri walaupun tidak mendapat layanan seadilnya.
  • Umisya sebelum ini menyatakan usaha memutuskan hubungan suaminya dengan pihak ketiga gagal dan dia pernah mahu bercerai tetapi dihalang keluarga mentua serta dinasihatkan dapatkan kaunselor.
Advertisement

Susulan kenyataan yang dikeluarkan madunya, Umisya Mazlan, isteri kedua kepada Ahmad Aslam iaitu Marissa Dania tampil mempertahankan dirinya. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Marissa mempersoalkan tindakan Umisya yang didakwa terus membangkitkan isu lama, khususnya perkara yang berlaku sebelum perkahwinannya dengan Aslam.

 

“Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tahu saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?

 

“Yang mana saya sendiri akui sebagai salah dan khilaf, sedangkan saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Marissa turut mendedahkan dirinya tidak menerima hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, namun memilih untuk berdiam diri tanpa menuntut apa-apa.

 

“Malah saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya, dan saya juga tidak menuntut apa2 mahupun berkata apa-apa. 

 

“Perlukah kita mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?” katanya. 

 

Untuk info, Umisya mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini termasuk memutuskan hubungan antara suaminya dengan pihak ketiga, namun perkara tersebut tetap berlarutan.

 

Tambahnya, dia pada awalnya membantah perkahwinan tersebut dan mahu bercerai, namun dihalang keluarga mentua serta dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan kaunselor terlebih dahulu.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement