Skip to main content

Akui Sedang Bercinta, Anna Jobling Dedah Sebab Tertarik Dengan Karel Susanteo - "Saya Rasa Semua Sudah Tahu"

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Anna Jobling mengakui hubungannya dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo, masih belum serius dan dia mahu fokus pada kerjaya kerana jadual yang padat.
  • Anna tertarik dengan personaliti Karel dan pernah terbang ke Jakarta untuk memberi sokongan kepadanya dalam pertandingan kecergasan HYROX.
  • Anna kini membintangi drama Yes! Captain Zul Aaryan yang diadaptasi daripada novel popular dan turut menampilkan pelakon lain seperti Jazmy Juma dan Nafiz Muaz.
Advertisement

Pelakon, Anna Jobling mengakui hubungannya bersama selebriti Indonesia, Karel Susanteo belum sampai tahap yang lebih serius. 

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, berkata dia tidak mahu tergesa-gesa dalam hubungannya memandangkan jadual kerjanya amat padat.

Advertisement

"Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami. Saya tiada apa-apa lagi hendak diperkatakan, cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

"Buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya kerana masa tidur pun tidak cukup. Jadi, tidak perlulah terburu-buru," katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan di TGV KLCC pada Jumaat.

Advertisement

Enggan berkongsi lanjut, Anna turut berkata bahawa personaliti Karel yang membuatkan dirinya tertarik dengan jejaka tersebut.

"Apa yang membuatkan saya tertarik? Personaliti dia. Itu sahaja," katanya ringkas.

Sebelum ini, menerusi video yang dimuat naik Karel di media sosial, Anna dilihat terbang ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada kekasihnya yang menyertai pertandingan kecergasan HYROX Jakarta, baru-baru ini.

Terdahulu, hubungan Anna dan Karel menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa foto serta hantaran romantis di media sosial menjadi tular sehingga mencetuskan spekulasi kedua-duanya sedang menjalin hubungan cinta.

Dalam perkembangan lain, Anna turut membintangi drama terbaharu Yes! Captain Zul Aaryan yang diadaptasi daripada novel popular dengan judul sama.

"Selepas tahu saya akan membawa watak Zara Andrea, saya terus membeli novel itu dan membacanya untuk mengetahui mengapa karya ini mempunyai begitu ramai peminat.

"Apabila membacanya, saya faham mengapa novel ini begitu diminati kerana jalan ceritanya sangat menyeronokkan.

Selain Anna, drama 30 episod itu turut dibintangi Jazmy Juma, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement