Skip to main content

Selebriti

Akur Dengan Keputusan Suami, Nabila Razali Kongsi Sebab Tak Mahu Terlalu Dedah Wajah Anak - "Saya Sendiri Pun Takut"

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Nabila Razali memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak lelakinya, Nik Muhammad, demi menjaga privasi mengikut permintaan suaminya.
  • Kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi faktor utama keputusan mereka menjaga privasi anak.
  • Nabila kini serius dalam bidang keusahawanan dengan kerjasama bersama jenama minuman dan pencuci mulut tempatan, Bliss.
Advertisement

Pelakon, Nabila Razali memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anak lelakinya, Nik Muhammad pada tontonan umum.

Nabila atau penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 34,  berkata keputusan tersebut dibuat kerana akur dengan permintaan suaminya demi menjaga privasi anaknya.

Advertisement

“Buat masa sekarang saya hormat dengan keputusan suami di mana dia tidak terlalu membenarkan untuk dedahkan anak.

“Kebanyakan jenama juga hanya bekerjasama dengan saya. Jadi tak mahu libatkan orang lain termasuk anak sendiri.

“Cuma ada sesekali saya kongsi sebab ramai bertanya. Juga nak beritahu inilah Muhammad, anak kepada Nabila Razali,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Nabila ditemui ketika majlis menandatangi perjanjian kerjasama dia dengan produk minuman Bliss yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Buat Baik Balas Baik itu berkata bahawa keputusan tersebut dibuat kerana kebimbangan mereka terhadap peningkatan trend buatan kecerdasan manusia (AI).

Ditanya mengenai kebimbangan mereka, pelantun lagu Buat Baik Balas Baik itu mengakui bahawa peningkatan Trend kecerdasan buatan manusia (AI) menjadi pendorong utama mereka berbuat sedemikian

“Dengan keadaan dunia sekarang yang macam-macam berlaku termasuk penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan), saya sendiri pun jadi takut.

“Sebab itu saya amat faham dengan keputusan suami. Ia lebih kepada menjaga privasi.

“Insya-Allah kalau ada rezeki nanti dan suami izinkan saya akan terima tawaran untuk Muhammad,” ujarnya.

Untuk rekod Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada November 2023.

Anak sulung mereka, Nik Muhammad dilahirkan pada 23 Disember 2024.

Dalam perkembangan lain, Nabila turut bekerjasama dengan produk jenama minuman dan pencuci mulut tempatan Malaysia, Bliss sebagai sebahagian dalam perancangan pasaran jenama berkenaan.

Malah, Nabila menganggap ini merupakan satu langkah untuk dia lebih serius dalam bidang keusahawanan.

“Kali ini sedikit berbeza. Saya pun semakin matang dan harus berfikir ke arah lebih profesional.

“Untuk kerjasama ini saya betul-betul terlibat dalam pengurusan,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Must Watch Video

Advertisement