Skip to main content

Alami Kemurungan Gara-Gara Ditipu ‘Datuk’, Linda Rafar Terpaksa Makan Ubat Tenangkan Diri - “Bila Tidur, Nafas Saya Seperti Berhenti”

ASTROGEMPAK Linda Rafar

Sekilas

  • Penyanyi Linda Rafar mengalami kerugian RM500,000 selepas ditipu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang menawarkan kerjasama perniagaan.
  • Kejadian itu menyebabkan Linda mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat menenangkan diri kerana tekanan mental yang dialami.
  • Linda kini telah melantik peguam untuk tindakan lanjut jika individu terbabit enggan memulangkan wang yang telah diberikan.
Advertisement

Gara-gara ditipu oleh seorang lelaki berstatus ‘Datuk’, penyanyi Linda Rafar mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat menenangkan diri. 

 

Advertisement

Menurut Linda, dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas individu tersebut menawarkan untuk bekerjasama dalam satu perniagaan. 

 

"Saya tak sangka ditipu oleh seorang Datuk untuk buat bisnes. Sepanjang hidup, ini kali pertama saya melalui perkara macam ini. Impaknya sangat kuat sampai saya betul-betul tertekan hingga menyebabkan kemurungan.

 

"Di depan orang saya cuba nampak okey dan buat video gelak-gelak macam biasa, tapi hakikatnya saya terpaksa makan ubat untuk tenangkan diri. Saya asyik fikir, bila dia nak bayar? Bila dia nak pulangkan duit saya?

 

"Saya makan ubat yang doktor bagi selama tiga hari berturut-turut sebab apabila tidur, nafas saya seolah-olah seperti berhenti. Saya terlalu fikir sampai tidur pun jadi tidak tenang. Rasa seperti diganggu," katanya kepada Gempak. 
 

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Rumah Lauk, Shaftbury, Putrajaya baru-baru ini. 

 

Kata Linda, dia berasa yakin dan percaya untuk melakukan perniagaan bersama kerana mengenali individu yang sememangnya dikenali dalam kalnagan orang kenamaan. 

 

"Ya, saya kenal. Dia bergelar datuk dan memang dikenali dalam kalangan VIP. Sebab itu saya agak takut nak cerita panjang.

 

"Dia juga berkawan dengan golongan VIP serta orang berpengaruh. Itu yang buat saya lebih yakin. Kalau orang biasa, mungkin kita fikir dia tak ada duit," ujarnya. 

 

Bukan sahaja kekecewaan yang dialami melibatkan kerugian wang ringgit, malah impian yang sudah dirancang rapi bersama keluarga turut musnah begitu sahaja.

 

Malah menurutnya, hasrat untuk membantu golongan susah juga terbantut selepas kejadian tersebut berlaku.

 

"Saya juga nak bersedekah kepada keluarga dan bantu tahfiz. Saya dah senaraikan siapa yang nak dibantu. Niat ke arah kebaikan, tapi tiba-tiba tak jadi. Itu yang buat saya lagi kecewa dan murung. 

 

"Saya juga niat nak bawa anak-anak pergi umrah dan bercuti ke London. Anak-anak tanya kenapa batal. Saya terpaksa beri alasan ada penggambaran, padahal tak ada. Kesian mereka," ujarnya. 

 

Sebagai persediaan, Linda berkata dia sudahpun melantik peguam sekiranya individu tersebut masih enggan untuk melunaskan wang yang diberikan sebelum ini. 

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement