Skip to main content

Viral

“Alhamdulillah, Isteri Faham Kerjaya Saya Sebagai Editor & Content Creator” - Sofyank

Sofyank

Sekilas

  • Sofyank berkongsi pengalaman di sebalik tabir vfx untuk Astro Shaw Cinematic Universe melalui TikTok miliknya.
  • Ramai netizen kagum dengan komitmen dan masa yang diluangkan Sofyank untuk menghasilkan suntingan berkualiti tinggi.
  • Sofyank menghargai sokongan isteri dan keluarga yang memahami kerjayanya sebagai editor dan pencipta kandungan walaupun memerlukan masa panjang di hadapan komputer.

Pencipta kandungan terkenal, Sofyank berkongsi mengenai di sebalik tabir vfx untuk Astro Shaw Cinematic Universe menerusi akaun TikTok miliknya. 

 

Ramai netizen kagum melihat komitmen serta masa yang diluangkan Sofyank di hadapan komputer demi menghasilkan suntingan berkualiti tinggi.

 

Bagaimanapun, satu komen menarik perhatian apabila seorang individu bertanya mengenai reaksi isterinya terhadap rutin kerjanya yang memerlukan masa panjang di hadapan skrin.

 

“Bang… Bila kau mengadap benda ni mesti susah nak berhenti kan. Bini tak marah ke bang banyak jam depan komputer?” tanya individu tersebut. 

 

Menjawab persoalan tersebut, Sofyank meluahkan rasa syukur kerana isterinya sentiasa memahami tuntutan kerjayanya sebagai editor dan pencipta kandungan.

 

Menurutnya, sokongan daripada keluarga menjadi kekuatan utama untuk terus berkarya, namun dia tetap berusaha meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang selepas menyiapkan projek.

 

“Alhamdulillah isteri saya faham kerjaya saya sebagai seorang editor dan content creator. Cumanya lepas dah siap satu projek, kena pandai beli jiwa balik. 

 

“Dulu kena beli jiwa isteri saja, sekarang dah bertambah dengan seorang puteri. Kena double beli jiwa dah ni,” balasnya. 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement