Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adinda Juara ATNMY Episod Ulang Tahun Astro Ke-25, Jangan Lupa Konsert Mingguan Buka Tirai Malam Ini!

Asraf Aided
12/09/2021 04:45 MYT
All Together Now Malaysia (ATNMY) meraikan ulang tahun Astro ke-25 malam tadi.

Barisan artis daripada pelbagai program Astro seperti Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Big Stage, Ceria Popstar, Golden Melodies, Masked Singer Malaysia, Classical Alive, Muzikal Lawak Superstar dan Kilauan Emas telah bertanding merebut tempat pertama.

Adinda yang pernah menyertai Ceria Popstar telah meraih gelaran juara dengan 100 markah menumpaskan bintang lain termasuk Zur Eda (GV3) dan Farhan (AF4) di pusingan battle.

Ketika ditemubual Gempak, Adinda mengatakan dia menyertai program ini tanpa meletakkan harapan untuk menang, namun hanya melakukan yang terbaik.

"Sebenarnya, masa mula-mula nak masuk program ini, saya takut sebab ramai penyanyi legenda yang hebat.

"Saya memang tak terfikir untuk mara ke kedudukan tiga teratas, saya cuma lakukan yang terbaik dan tak target untuk menang, itu semua rezeki daripada Allah.

"Alhamdulillah, dua kali dapat markah seratus, susah untuk saya percaya, tapi apapun, penyanyi-penyanyi 'legend' akan tetap menjadi yang terbaik," katanya.

Bercakap mengenai kerjaya muziknya, Adinda mengatakan dia banyak menerima tawaran dari luar negara, tetapi masih terkekang ekoran pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Adinda yang kini berusia 16 tahun, tidak pernah mengetepikan soal akademik.

"Mengenai nyanyian, saya sebenarnya banyak tawaran dari luar negara, tapi masih terbatas sebab pandemik.

"Jadi, kita tunda dahulu, tengok keadaan juga, kadang-kadang ada juga program yang dibatalkan, bergantung kepada rezeki.

"Pada masa sama, saya sedang menumpukan perhatian dalam pelajaran, saya sekarang berada di tingkatan 4, jadi banyak juga subjek yang saya ambil dan perlu beri perhatian," katanya lagi.

Sementara itu, jom imbas beberapa momen menarik yang berlaku dalam ATNMY episod istimewa ulang tahun Astro ke-25 malam tadi.

1) Nana Mahazan yang merupakan salah seorang juri terkejut apabila Burn AF masuk sebagai peserta pertama.

2) Ifa Raziah sahaja yang tidak bangun ketika persembahan Ashira

3) Persembahan Santesh sangat bertenaga dan berani, satu-satunya lagu tamil yang dipersembahkan di pentas ATNMY malam tadi.

4) Aina Abdul dan Noryn Aziz takut nak beri komen pada Zur Eda

5) Syafiq Farhain menyanyikan lagu untuk Sherry Alhadad

Antara peserta lain yang turut berentap malam tadi adalah Zain Hamid (The Masked Singer), Wak Mustar (Kilauan Emas 5), Britney (Classical Alive), Kashika (Ceria Popstar 2014), Khai bersama Rosma (Akademi Fantasia 1) dan ramai lagi.

Konsert mingguan ATNMY akan membuka tirai jam 9 malam ini dan akan diteruskan pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (104).

ATNMY semestinya akan menyatukan barisan peserta daripada pelbagai kaum dan lapisan umur dengan kisah berbeza yang mencetus inspirasi, ada juga yang menyentuh hati.

Jadi, jangan lupa untuk menyaksikannya! ATNMY juga boleh distrim menerusi Astro Go atau kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

#Zur Eda #Gegar Vaganza #Akademi Fantasia #GV #Santesh #Britney #All Together Now Malaysia #ATNMY #25 Tahun #Adinda #Ulang Tahun Astro
;