All Together Now 2021

All Together Now Malaysia Dah Buka Tirai! Ini Recap Konsert Pertama Malam Tadi

gempak
Asraf Aided
07/06/2021
04:40 MYT
Sponsor Banner
All Together Now Malaysia Dah Buka Tirai! Ini Recap Konsert Pertama Malam Tadi
All Together Now Malaysia (ATNMY) telah membuka tirai malam tadi.
Pertandingan nyanyian yang menampilkan format berbeza ini ternyata meriah dengan penglibatan 49 orang juri yang diketuai Dato' AC Mizal, para peserta dan hos, Sherry Alhadad.
Dalam episod malam tadi, Ajoi mendapat markah penuh sebanyak 100 yang sekaligus melayakkannya mara ke konsert final.
Sementara rezeki memihak kepada Najua P Ramlee dalam pusingan sing off bersama Ayla apabila dia memperoleh markah yang lebih tinggi bagi menemani Ajoi ke final.
Di sini, Gempak imbas kembali markah beberapa peserta dan sedikit info latar belakang mengenai mereka.
Black - 72 Markah
Black merupakan peserta pertama yang membuka persembahan malam tadi. Black telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik yang melanda.
Selain itu, Black juga pernah dilamar untuk menjadi vokalis kumpulan rock tetapi terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu.
Nur Fariha - 26 Markah
Fariha merupakan atlet bola jaring dan menang pingat emas dalam Sea Games 2017
Zaki Yamani - 42 Markah
Zaki merupakan anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan baru berusia 15 tahun
Rizarofiq - 92 Markah
Peserta cilik ini menggamatkan suasana, baru berusia 13 tahun dan amat meminati genre rock kapak.
Rizarofiq juga pernah terlibat dalam program Tom Tom Bak sebelum ini.
Shazriq - 84 Markah
Shazriq sebelum ini pernah viral tetapi namanya semakin dilupakan. Pemuda ini pernah viral menyanyikan lagu Berhenti Berharap dengan penuh emosi.
Najua P Ramlee - 98 Markah
Najua merupakan cucu kepada lagenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan mahu menjadi seorang anak seni yang versatil seperti arwah datuknya itu.
Chan Ming Hui - 40 Markah
Seorang guru muzik di sekolah swasta dan pernah menyertai Top 16 Astro Guest 2013.
Jason Jeeves - 32 Markah
Jason merupakan satu-satunya peserta India dalam episod malam tadi, dia merupakan seorang Jurutera Kimia dan mampu beraksi di pentas ATNMY.
Lazarul - 96 Markah
Lazarul mempunyai pengalaman selalu terlibat menjadi penyanyi suara latar sebelum ini.
Adam Malek - 84 Markah
Adam adalah artis rakaman Monkey Bone dan sudah mempunyai single sendiri iaitu Fall, Cuba Lagi dan Lara.
Zeera Azizi - 16 Markah
Zeera merupakan Top 12 Dewi Remaja 2019 dan seorang bekas pramugari. Dia juga kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.
Ariff Ridhwan - 84 Markah
Ariff merupakan seorang pemandu E-hailing dan sangat pemalu. Dia menyertai ATNMY sekadar suka-suka ketika menghantar penumpang ke lokasi pertandingan dan baru tahu mengenai program ini.
Ajoi Zainal - 100 Markah
Peserta pertama yang berjaya membuatkan semua juri bangun untuk persembahannya. Ajoi menyanyikan lagu Someone You Loved dan sangat terharu selepas menerima markah penuh.
Ayla - 96 Markah
Ayla mendapat markah seri dengan Lazarul. Ketua juri, Dato' AC Mizal telah membuat keputusan untuk memilih Ayla dan terpaksa menyingkirkan Lazarul.
Ayla merupakan seorang konsultan motivasi dan aktif dalam perbadanan bukan kerajaan (NGO).
Effkay - 78 Markah
Duo yang dianggotai Anom dan Farra ini merupakan adik beradik. Dua-duanya anggota dalam unit beruniform dan aktif dalam pancaragam.
Farra adalah kakak yang juga seorang anggota JPAM, Anom pula adik yang merupakan seorang anggota polis.
Apapun, Gempak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY kerana tampil berani membuat persembahan di hadapan 50 orang juri!
ATNMY disiarkan pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live