All Together Now 2021

ATNMY: Adik Syarfa Banyak Belajar Menyanyi Dengan Ayah Sendiri Di Rumah

gempak
Asraf Aided
18/10/2021
12:14 MYT
Sponsor Banner
ATNMY: Adik Syarfa Banyak Belajar Menyanyi Dengan Ayah Sendiri Di Rumah
Peserta cilik All Together Now Malaysia (ATNMY) yang berjaya meraih markah penuh dalam konsert minggu keenam malam tadi, Syarfa berkongsi tentang perasaan gembira dan pengalamannya belajar menyanyi.
Menurut Syarfa, 13, dia lebih banyak belajar menyanyi dari ayahnya sendiri berbanding guru vokal di luar.
"Saya sangat gembira dan tak sangka akan dapat markah penuh, saya mula menyanyi sejak berusia lima tahun dan mula membuat persembahan di hadapan orang ramai pada usia tujuh tahun.
"Dahulu saya ada ikuti kelas vokal tapi kejap sahaja, kemudiannya saya hanya belajar dengan ayah di rumah," katanya kepada Gempak.
"Sebenarnya impian saya bukan untuk jadi penyanyi, tetapi lebih kepada untuk menjadi seorang guru vokal.
"Saya mahu berkongsi ilmu kepada orang lain, itulah sebabnya," kata Syarfa yang amat meminati penyanyi Ernie Zakri.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024