Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNMY: Azfar Heri Suka Peserta Penuh Energy; "Sehingga Boleh Buat Saya Menari Lupa Diri"

Asraf Aided
16/10/2021 07:40 MYT
Pempengaruh media sosial dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Azfar Heri berkongsi kriteria peserta yang boleh memenangi hatinya.

Menurut Azfar, dia menyukai peserta yang mempunyai tenaga luar biasa dan mampu membuatkan dirinya bangun untuk menari.

"Kriteria yang saya cari adalah peserta yang mempunyai energy yang gila-gila, sehingga boleh buat saya menari lupa diri.

"Selain itu, tentulah perlu dinilai dari segi pakej keseluruhan bak kata ketua juri Dato' AC Mizal (DAC)," katanya kepada Gempak.

DAC berperanan selaku ketua juri atau kapten yang menggalas tanggungjawab membuat keputusan penting dalam program berkenaan terutama ketika peserta mendapat markah seri.

Dalam pada itu, Azfar menambah, seseorang peserta juga perlu menguasai pentas dengan baik ketika membuat persembahan.

"Peserta mestila bersuara sedap, ada gaya dan tahu menggunakan pentas sebaik mungkin, itulah yang saya cari," katanya kepada Gempak.

Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Korang dah mengundi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Azfar Heri #All Together Now #ATNMY