ATNMY: "Bukan Senang Nak Menonjol..." - Andi Bernadee Perjelas Sebab Tampil Unik Setiap Minggu
Asraf Aided
23/09/2021 13:10 MYT
23/09/2021 13:10 MYT
Penyanyi dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Andi Bernadee tampil menjelaskan tentang penampilan uniknya dalam program berkenaan.
Menurut Andi yang tampil dalam kostum Harry Potter dalam konsert minggu kedua, dia adalah seorang yang kreatif dan suka berekspresi.
"Saya adalah seorang yang suka kreativiti dan ekspresi, kami ada ramai juri, jadi bukan senang untuk saya menonjol dalam sesuatu kumpulan itu.
"Ini bukan kali pertama saya buat perkara macam ini, jadi dengan cara ini adalah kelainan," katanya kepada Gempak.
Tambah Andi, dia juga sangat menyukai pemakaian kostum sejak sebelum penglibatan dalam ATNMY lagi.
Justeru, dia akan terus tampil dengan pelbagai gaya dalam konsert mingguan akan datang.
"Saya pun suka pakai kostum, dengan pertolongan jurugaya saya, dialah yang menyiapkan saya setiap minggu," katanya lagi.
Konsert minggu kedua ATNMY Ahad lalu menyaksikan Ash Fasryll sebagai pemenang mingguan meraih 100 markah yang melayakkannya berentap di final.
Ash akan ditemani Saiful Anwar yang berjaya menumpaskan Kade Shaib dalam pusingan sing off.
Jangan lupa saksikan ATNYMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.