Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNMY: Dafi Teruja Jadi Juri! Tapi Nak Menangi Hati Kena Lah...

Asraf Aided
01/10/2021 10:40 MYT
Penyanyi Dafi akui teruja terlibat sebagai salah seorang juri dalam program All Together Now Malaysia (ATNMY).

Menurut anak Perdana Menteri Malaysia itu, ATNMY adalah program TV yang pertama memberi tanggungjawab kepadanya sebagai seorang juri.

"Inilah kali pertama saya dipanggil menjadi juri program nyanyian di TV, saya rasa sangat teruja untuk terlibat dalam ATNMY.

"Jadi untuk cara penilaian saya, kalau saya bangun dan tekan butang markah untuk peserta, itu adalah sebab saya betul-betul suka," katanya kepada Gempak.

Tambah Dafi, antara kriteria penting yang dilihat adalah kebolehan peserta membuat persembahan sebaik mungkin dalam masa 90 saat yang diberi.

"Kadang-kadang memang ada rasa kasihan dekat sesetengah peserta, tapi saya sedar tak boleh ada perasaan macam itu.

"Saya mencari seorang 'performer', bukan sekadar boleh menyanyi, tapi jaga penampilan dan buat persembahan dengan sebaik mungkin kerana para peserta hanya ada 90 saat di atas pentas," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Juri #Dafi #All Together Now Malaysia #ATNMY