All Together Now 2021

ATNMY: Makin Hampir Ke Penghujung, Tiga Aspek Penting Ini Perlu Dijaga Setiap Peserta!

gempak
Asraf Aided
02/11/2021
10:15 MYT
Sponsor Banner
ATNMY: Makin Hampir Ke Penghujung, Tiga Aspek Penting Ini Perlu Dijaga Setiap Peserta!
Tinggal dua minggu sahaja lagi, program All Together Now Malaysia (ATNMY) akan menjengah ke konsert akhir.
Semakin menghampiri penghujung, kehangatan di pentas setiap minggu semakin dirasai dan tentunya semua pemenang mingguan membuat persediaan rapi untuk ke final.
Bukan mudah untuk mereka memberanikan diri membuat persembahan di hadapan barisan juri yang hebat dalam bidang masing-masing.
Menurut kapten juri program berkenaan, Dato' AC Mizal (DAC), beliau mementingkan aspek imej, suara dan kepelbagaian yang dapat dipersembahkan oleh para peserta.
"Tiga aspek yang saya titikberatkan adalah suara, imej dan kepelbagaian.
"Jika kita lihat sekarang ini, kebanyakan artis sudah buat pelbagai lagu sebagai contoh Dayang Nurfaizah yang menyanyikan macam-macam jenis lagu, begitu juga yang lain," katanya.
Apapun, DAC dan juri-juri lain sentiasa melihat program ATNMY sebagai platform untuk menyambut kedatangan orang baru ke dalam industri hiburan tanah air.
"Kami barisan juri mahu menyambut orang baru dalam dunia hiburan.
"Kalau peserta boleh buat semua juri bangun, tak mustahil dia boleh beri impak hebat dalam industri suatu hari nanti," katanya lagi.
Antara juri yang ditampilkan dalam ATNMY adalah Erra Fazira, Zizi Kirana, Zizan Razak, Aina Abdul, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live