Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNMY: Marcus Berjaya Raih 100 Peratus, Pusingan Sing Off Pun Sengit! Ini Recap Konsert Minggu Kelapan

Asraf Aided
01/11/2021 04:27 MYT
Konsert minggu kelapan All Together Now Malaysia (ATNMY) berlangsung dengan meriah seperti yang disiarkan malam tadi.

Marcus berjaya meraih 100 markah dan mara ke konsert final ditemani oleh Syaz yang menumpaskan Ray di pusingan sing off.

Di sini, Gempak imbas kembali markah para peserta bersama sedikit info mengenai mereka.

Kirana - 76 Markah

Kirana, 38, adalah seorang penyanyi sepenuh masa. Dia merupakan peserta pertama yang membuat persembahan dalam konsert kali ini.


Rendy Faliq - 66 Markah

Rendy berusia 37 tahun dan juga merupakan penyanyi sepenuh masa. Dia mahu diri dikenali lebih ramai dengan menyertai ATNMY.


Nurashq Khairi - 70 Markah

Peserta ini pula berusia 31 tahun dan aktif sebagai busker. Nurashq juga adalah seorang ibu tunggal.


Maizul Hisham - 44 Markah


Maizul Hisham, 43, merupakan seorang guru koir. Maizul juga pernah menyertai koir kebangsaan Malaysia selama 12 tahun sebelum ini.


Fariq Ikhwan - 78 Markah

Fariq, 20, merupakan pelayan restoran. Dia membawa kuda kepang sebagai props dalam persembahannya untuk mengangkat elemen tradisional.


Harissa Adlin - 64 Markah

Harissa berusia 18 tahun, baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masih seorang pelajar.


Hanna - 86 Markah

Hanna, 24, bekerja sebagai seorang peniaga. Sekarang Hanna mempunyai masalah buah pinggang dan cuba melakukan yang terbaik dalam ATNMY.


Marcus - 100 Markah

Satu-satunya peserta yang meraih markah seratus peratus, Marcus, 28, adalah penyanyi sambilan. Dia sudah lama tidak masuk pertandingan nyanyian lalu tampil berani berentap di pentas ATNMY.


Wunny - 30 Markah

Wunny berusia 28 tahun dan seorang penyanyi Indie. Wunny menggemari muzik Yuna dan sudah lama mengikuti penyanyi antarabangsa itu di platform media sosial sejak zaman MySpace lagi.


Aftershock - 24 Markah

Aftershock adalah peserta trio. Sebelum ini mereka mempunyai lima anggota tapi sekarang, dua orang lagi sudah tidak boleh beri komitmen bersama mereka.


Syazmi Suhaimi - 96 Markah

Syaz berusia 32 tahun dan merupakan usahawan kek keju. Syaz juga berjaya menumpaskan Ray di pusingan sing off dengan menyanyikan lagu Masih Jelas nyanyian asal Hafiz Suip.


Lukhman - 54 Markah

Lukhman, 20, masih lagi seorang pelajar. Dia cuba menyertai ATNMY untuk membuktikan bakat lebih penting daripada fizikal.


Ray Rauf - 92 Markah

Ray merupakan seorang busker dan pernah menghasilkan single sebelum ini. Ray berjaya ke pusingan sing off namun ditumpaskan oleh Syaz apabila hanya meraih markah sebanyak 58 sahaja.


Dian Fernandez - 52 Markah

Dian, 21, masih seorang pelajar. Dian menyertai ATNMY untuk membuktikan dia mempunyai bakat, bukan sekadar rupa.


Muszafar - 76 Markah

Muszafar, 33, merupakan seorang usahawan. Muszafar juga mempunyai seorang anak yang menghidap penyakit autisme.


Hazreen Amreena - 32 Markah

Hazreen, 24, adalah penyanyi sambilan dan pandai menyanyi dengan cara klasikal.

Apapun, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta ATNMY yang tampil membuat persembahan di hadapan barisan juri yang hebat dalam bidang masing-masing.

Saksikan, ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

***Dapatkan berita menarik, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Konsert #Recap #ATNMY #Minggu Kelapan