Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

ATNMY: Marcus Gembira & Sebak - "Ini Adalah Pencapaian Terbesar Saya..."

Asraf Aided
01/11/2021 13:42 MYT
Pemenang mingguan konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) episod kelapan, Marcus akui gembira dan sebak ketika meraih markah seratus peratus dari para juri.

Menurut Marcus, ia merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya sepanjang dia aktif dalam bidang nyanyian.

"Ini merupakan pertama kali saya dapat markah tinggi sebegini, saya menangis atas pentas sebab inilah pencapaian terbesar saya dalam masa sepuluh tahun ini.

"Strategi saya mudah sahaja, bagi saya muzik tidak membezakan bahasa kerana muzik itu sendiri sudah seperti satu bahasa, tak kiralah kita menyanyi lagu Bahasa Melayu, Cina, Inggeris atau sebagainya.

"Saya rasa aspek muzik itulah yang lebih dilihat oleh para juri, bukan bahasa pertuturan kita," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Marcus juga berharap agar penyertaannya dalam ATNMY mampu melonjakkan lagi kerjayanya sebagai penyanyi selepas ini.

"Saya sudah aktif menyanyi agak lama cuma perlahan sedikit sejak kebelakangan ini disebabkan pandemik COVID-19.

"Jadi, dengan penyertaan dalam ATNMY ini, saya harap graf karier saya melonjak naik dengan cepat," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#All #ATNMY #Marcus #Now #Together
;