All Together Now 2021
ATNMY: Pancit Sitaya Berapi-Api Di Pusingan Sing Off, Ini Recap Konsert Ketiga Malam Tadi!
Program All Together Now Malaysia (ATNMY) telah memasuki konsert minggu sebentar tadi.
Seperti biasa, para peserta harus melakukan yang terbaik dalam masa 90 saat ketika membuat persembahan untuk memenangi hati juri.
Deena Mazmee meraih 98 markah daripada para juri lantas melayakkannya ke konsert final.
Sementara Pancit Sitaya menumpaskan Umar dalam pusingan sing off dan akan menemani Deena ke pentas akhir.
Jom imbas kembali markah peserta bersama info mengenai mereka.
Wawa - 74 Markah
Wawa merupakan seorang wanita berusia 40 tahun dan bekerja sebagai eksekutif perniagaan. Wawa menyertai ATNMY kerana dorongan seseorang yang mahu melihatnya di kaca TV.
Zackie - 20 Markah
Zackie yang berusia 38 tahun adalah seorang kakitangan awam jabatan pendidikan dan berasal dari Sabah.
Que - 86 Markah
Peserta ini pula merupakan pelajar produksi Audio. Menariknya, Que, 24, pernah menyertai program Tom Tom Bak ketika berusia 8 tahun dahulu.
Deena - 98 Markah
Pemenang konsert minggu ketiga ini merupakan seorang penyanyi sambilan berusia 27 tahun.
Izzul Fikri - 46 Markah
Izzul, 28, merupakan seorang petugas barisan hadapan yang bekerja di Jabatan Penjara Malaysia.
Zainol & Hizan - 86 Markah
Dua lelaki berusia 35 dan 47 tahun ini bekerja sebagai juruteknik dan pelukis pelan. Kapten juri, Dato' AC Mizal meletakkan mereka pada tempat kedua di podium (ketika giliran mereka) dan secara automatik, Wawa tersingkir.
Charmaine - 18 Markah
Peserta berusia 25 tahun ini pernah menyertai Miss International Malaysia pada tahun 2019.
Ridzuan - 78 Markah
Ridzuan berusia 46 tahun dan berkhidmat sebagai pegawai imigresen.
Reyza - 80 Markah
Peserta cilik berusia 12 tahun ini masih bersekolah dan berjaya memukau ramai juri dalam persembahan konsert ketiga.
Rotcana - 4 Markah
Peserta berusia 26 tahun ini bekerja sebagai seorang pembantu teknikal.
Muhammad - 52 Markah
Muhammad adalah seorang penjual jeruk mangga asam boi dan berusia 24 tahun.
Inaz - 56 Markah
Peserta berusia 19 tahun ini pula merupakan seorang guru tarian.
Tan Yon Lynn - 82 Markah
Peserta berbangsa Cina ini berusia 33 tahun dan boleh menyanyi lagu Bahasa Melayu dengan baik.
Pancit Sitaya - 92 Markah
Pemenang pusingan sing off! Pancit Sitaya merupakan peserta berkumpulan yang harmoni dan menarik perhatian ramai juri.
Umar - 96 Markah
Pesaing Pancit Sitaya di pusingan sing off, jejaka berusia 19 tahun ini adalah pelajar diploma dalam bidang muzik.
Serra Kamal - 68 Markah
Serra berusia 25 tahun dan masih bergelar seorang pelajar.
Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY yang hadir dengan pelbagai latar belakang dan kisah yang mencetus inspirasi, malah ada juga yang menyentuh hati.
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga.
Saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.
Must-Watch Video