All Together Now 2021
ATNMY: "Program Ini Adalah Satu Platform Yang Berprestij" - Syamel
Penyanyi dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Syamel akui setiap juri program berkenaan mempunyai cara penilaian tersendiri.
Menurut Syamel, aspek yang paling penting adalah tenaga dan persembahan yang mampu ditonjolkan oleh setiap peserta dalam tempoh 90 saat yang diberikan kepada mereka.
"Penilaian dalam ATNMY ini bergantung kepada cara juri masing-masing, apapun kepada semua peserta, amat penting untuk mempertahankan tenaga mereka dari awal persembahan hingga ke akhir.
"Itu amat penting kerana mereka ada waktu perjuangan yang sangat singkat iaitu hanya selama 90 saaat untuk ketengahkan bakat masing-masing," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Syamel juga menyifatkan ATNMY sebagai satu platform yang berprestij untuk golongan yang baru dan belum memiliki nama dalam industri.
"ATNMY boleh dikatakan satu platform yang berprestij untuk mereka yang masih 'fresh' di luar sana.
"Kalau tak dapat manfaatkan 90 saat di atas pentas ATNMY ini, kasihanlah pada ramai lagi orang di luar sana yang berharap untuk mendapat peluang sebegini juga," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video