All Together Now 2021
ATNMY: Rosiah Sanggup Ulang Alik Dari Batang Kali, Usaha Berhasil!
Pemenang konsert minggu kelima All Together Now Malaysia (ATNMY), Rosiah atau mesra disapa sebagai Kak Yaya tidak sangka akan mendapat markah penuh daripada pihak juri.
Menurutnya, dia membawa semangat keluarga ke atas pentas ketika membuat persembahan.
"Saya tak sangka sebenarnya, saya tak meletakkan target sampai 100 markah. Saya hanya lakukan sebaik mungkin.
Advertisement
"Saya bawa semangat keluarga ke atas pentas, walaupun saya datang ke sini seorang, suami dan anak-anak tiada meneman, tapi semangat dari merekalah yang saya kumpul bawa ke pentas ATNMY," katanya kepada Gempak.
Bercakap tentang persediaan, Yaya sanggup berulang alik dari Batang Kali, Hulu Selangor ke Putrajaya sebelum menjelang hari pertandingan.
"Dari segi persediaan, saya akui penat kerana berulang alik dari Batang Kali ke sini (lokasi penggambaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari pertama sebelum pertandingan.
"Namun selepas mendapat rehat yang cukup dan latihan vokal daripada guru vokal yang baik, Alhamdulillah saya boleh lakukan persembahan dengan baik.
"Saya memang akan buat latihan paling kurang satu hari dalam lima jam untuk menyanyi, itu sudah menjadi rutin saya sebelum ini," katanya lagi.
Apapun, syabas dan tahniah kepada semua peserta ATNMY yang berani membuat persembahan di hadapan barisan para juri.
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga.
Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria. Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video