All Together Now 2021

ATNMY: Rupanya Ini Yang Dirasai Sherry Ketika Mula-Mula Mengacara Berseorangan...

gempak
Asraf Aided
07/10/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
ATNMY: Rupanya Ini Yang Dirasai Sherry Ketika Mula-Mula Mengacara Berseorangan...
Hos popular, Sherry Alhadad akui gementar ketika mula-mula mengendalikan program All Together Now Malaysia (ATNMY) berseorangan tanpa rakan pengacara.
Menurut Sherry, hal itu dirasai kerana sudah biasa berkomunikasi dengan gandingannya ketika mengendalikan sesuatu program sebelum ini.
"Sebenarnya mula-mula saya gementar sebab biasanya kalau mengendalikan program, ada rakan pengacara untuk sama-sama bercakap.
"Jangan kata peserta sahaja yang gementar bila naik ke pentas, saya pun rasa macam itu ketika episod pertama dahulu," katanya.
Bagaimanapun, Sherry gembira kerana semua juri ATNMY di hadapannya memberikan semangat dan sama-sama menceriakan suasana.
"Tapi bila saya tahu tentang juri-juri yang ada, terutamanya Dato' AC Mizal, saya rasa lega, mereka pun banyak membantu dan menceriakan suasana.
"Semua juri ATNMY memberi energy yang bagus kepada saya walaupun saya tidak ada teman mengacara di atas pentas," katanya lagi.
Barisan juri ATNMY diketuai oleh Dato' AC Mizal selaku ketua atau kapten yang berperanan membuat keputusan penting.
Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024