Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"ATNMY Satukan Pelbagai Bangsa, Ada Nilai Kekeluargaan" - AC Mizal

Asraf Aided
14/09/2021 08:40 MYT
Ketua juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Dato' AC Mizal melihat program yang membuka tirai Ahad lalu itu menyatukan pelbagai bangsa dan lapisan umur.

Menurut beliau, ATNMY juga memaparkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif, sesuai dijadikan bahan tontonan mingguan setiap minggu.

"ATNMY menyatukan pelbagai bangsa dan lapisan umur, kebiasaannya pertandingan akan ada had umur untuk penyertaan, tetapi ATNMY ini berbeza.

"Selain itu, ia juga memaparkan pelbagai nilai kekeluargaan yang positif, mesti ditonton!" katanya.

Mengulas lanjut, AC Mizal mengajak orang ramai untuk terus bersikap positif terutamanya ketika pandemik COVID-19 sedang melanda.

"Kita kena positif, tak boleh murung, dengan adanya program ini sekurang-kurangnya ada tontonan bersama keluarga ketika pandemik ini.

"Astro sememangnya akan menayangkan hiburan untuk penonton di rumah," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.

#AC Mizal #All Together Now Malaysia #ATNMY