Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Powerlah! Dem Lepak Boyz Hangatkan Pentas Dengan Lagu G-Dragon, Berjaya Dapat 100 Markah!

Asraf Aided
25/10/2021 07:40 MYT
Konsert All Together Now Malaysia minggu ketujuh berlangsung dengan meriah seperti yang ditayangkan malam tadi.

Peserta duo Dem Lepak Boyz meraih markah 100 peratus berjaya mara ke konsert final ditemani oleh Irfan yang menumpaskan Clinton di pusingan sing off.

Di sini, Gempak imbaskan kembali markah para peserta bersama info mengenai mereka.

Faysal Saad - 76 Markah

Faysal berusia 24 tahun dan merupakan peminat artis-artis dan program realiti di Malaysia. Selain itu, dia juga adalah seorang penyanyi sambilan.

Aniqah - 58 Markah

Peserta ini berusia 26 tahun dan bekerja sebagai guru vokal di studio yang dibuka bersama adik beradiknya.

Bahiyya Haneesa - 42 Markah

Bahiyya Haneesa adalah kumpulan Acapella yang semakin membina nama dan bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia.

Amiza - 54 Markah

Berusia 53 tahun, Amiza adalah seorang bekas penari kebudayaan dan pernah mewakili Malaysia ke negara luar seperti Paris, Perancis dan Milan, Itali.

Liyana Syamimi - 62 Markah

Liyana berusia 23 tahun dan masih seorang pelajar dalam jurusan perundangan.

Mumu - 78 Markah

Mumu, 29, bekerja sebagai penolong pegawai tadbir dan tidak pernah masuk pertandingan nyanyian besar sebelum ini.

Khareez - 10 Markah

Khareez berusia 27 tahun dan merupakan seorang pembantu jurutera.

Irfan Daniel - 90 Markah

Irfan berusia 14 tahun dan tentunya masih belajar.

Clinton Jerome - 96 Markah

Clinton berusia 27 tahun dan seorang guru vokal.

Alyssa Rosli - 18 Markah

Alyssa berusia 25 tahun dan merupakan pelajar muzik ASWARA.

Aiman Azizul - 70 Markah

Berusia 24 tahun, Aiman bekerja sebagai peniaga santan.

Azee Ariffin - 82 Markah

Azee, 43, berasal dari Melaka dan merupakan seorang peniaga ayam goreng.

Thalia Rasul - 82 Markah

Thalia berusia 33 tahun dan bekerja sebagai seorang peniaga. Thalia gagal duduk ke podium kerana ketua juri, Dato' AC Mizal memilih Azee untuk kekal di kedudukannya (seri).

Dem Lepak Boyz - 100 Markah

Dem Lepak Boys adalah peserta duo dan keduanya adalah penari. Mereka adalah yang pertama mendapat penuh seratus peratus dalam episod kali ini.

Syasya - 90 Markah

Syasya, 25, merupakan seorang penyampai berita dan juga berbakat dalam bidang nyanyian.

Afzan Safuan - 44 Markah

Peserta ini pula berusia 35 tahun dan berkhidmat sebagai pemandu peribadi.

Nashrin - 76 Markah

Nashrin berusia 32 tahun dan bekerja sebagai penyanyi sepenuh masa.

Sementara di pusingan Sing Off, Irfan meraih 92 markah dan Clinton hanya 82 Markah.

Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta ATNMY kerana berani membuat persembahan di hadapan barisan para juri yang hebat dalam bidang masing-masing.

Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#All Together Now Malaysia #ATNMY #Dem Lepak Boyz